Sorting by

×

Banjir kilat: Kereta terbabas masuk longkang

Masa Membaca:48 Saat

BATU BERENDAM 17 Dis- Sebuah kereta terbabas ke dalam longkang dipercayai dibawa arus di Taman Ara Permai, Batu Berendam, hari ini susulan hujan lebat dari jam 2 petang tadi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Keroh, Pegawai Bomba Kanan II (PBK II), (KUP) Hishammudin Umat berkata pihaknya mendapat panggilan kira-kira jam 6.43 petang tadi.

Katanya, seramai tujuh anggota dari bersama satu jentera FRT,Unit Rim dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) bergegas ke lokasi kejadian.

“Setibanya anggota bomba di tempat kejadian didapati benar berlaku banjir kilat dengan kedalaman air hampir satu meter dan terdapat sebuah kereta terbabas dalam longkang serta tiada mangsa di lokasi kejadian.

“Setelah memastikan tiada kemerbahayaan, operasi tamat jam 7.07 petang dan seterusnya pihak bomba membuat pemantauan banjir dalam kawasan jagaan,” katanya.

Terdahulu, hujan turun kira-kira jam 2 petang dan berlarutan sehingga kini, beberapa kawasan di negeri ini telah dinaiki air.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1057
Kongsi :
Previous post Melaka dilanda banjir kilat
Next post Operasi Melaka River Cruise dihentikan sementara waktu
Ubah saiz-+=