
Melaka dilanda banjir kilat
AYER KEROH 17 Dis – Hujan lebat sejak jam 2 petang tadi menyebabkan beberapa kawasan di negeri ini dinaiki air.
Berdasarkan tinjauan Melaka Hari Ini, antara kawasan yang terjejas teruk ialah di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) termasuk pejabat operasi Melaka Hari Ini Sdn Bhd yang dinaiki air sehingga paras betis.
Selain itu, difahamkan Lebuhraya Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) berhampiran Melaka Sentral turut dinaiki air, begitu juga beberapa jalan di Bandaraya Melaka dan Banda Hilir.
Turut terjejas beberapa taman perumahan dan kampung di Sungai Putat, Bukit Beruang, Batu Berendam, Pengkalan Rama dan Durian Tunggal.
Sehingga kini, hujan masih lagi turun di beberapa kawasan dan kelihatan beberapa agensi keselamatan sudah mula bersiap siaga untuk menghadapi sebarang kemungkinan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
SITI NURHALIZA BAKAL ‘GEGAR’ RUMAH TERBUKA KETUA MENTERI MELAKA, MALAM INI
TANJUNG BIDARA 19 April - Penyanyi nombor satu negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza menjadi antara tetamu jemputan yang bakal menyerikan...
KERAJAAN STABIL BAWA PULANGAN KEPADA RAKYAT
TANJUNG BIDARA 19 April - Kemeriahan suasana sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka di Villa d'Acqua Kampung Pulau,...
TPM HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahir Hamidi hadir ke Majlis Rumah Terbuka...
MAIM PERUNTUK LEBIH RM1 JUTA PERSEDIAAN RAMADAN, SYAWAL MUALAF MELAKA
KESIDANG 19 April - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) telah memperuntukkan bantuan sejumlah lebih RM1 juta bagi persediaan Ramadan dan...
MELAKA TERIMA TAMBAHAN VAKSIN INFLUENZA
MACHAP JAYA 19 April - Kerajaan Negeri meneruskan program pemberian vaksin influenza secara percuma kepada warga emas di negeri ini...
MOU ANTARA AKCC, SK TUNSAS DAN UUMISM, PERKASA SUKAN GOLF MELAKA
AYER KEROH 19 April - Sebagai usaha untuk melahirkan lebih ramai pemain golf berkualiti dari Negeri Melaka, Ayer Keroh Country...