Sorting by

×

Malaysia Airlines jadi penerbangan pertama Malaysia guna SAF

Masa Membaca:1 Minit, 5 Saat

SEPANG, 17 Dis – Malaysia Airlines menjadi syarikat penerbangan pertama negara yang menggunakan bahan api penerbangan mampan (SAF).

Penerbangan pertama menggunakan pesawat SAF, MH7979, yang dikendalikan oleh pesawat A330-200 Malaysia Airlines, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini dari Lapangan Terbang Amsterdam Schiphol.

Pesawat penumpang yang ditukar menjadi kapal terbang kargo itu dipacu oleh campuran 38 peratus SAF yang diperbuat daripada minyak masak terpakai dan bahan api jet konvensional.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Aviation Group (MAG), Kapten Izham Ismail berkata penerbangan itu menandakan komitmen Malaysia Airlines untuk menjadikan SAF sebagai pilihan bahan api yang lebih bersih serta berdaya maju untuk penerbangan biasa menjelang 2025.

Usaha tersebut terlahir daripada perjanjian bekalan antara PETCO Trading (UK) Ltd, yang merupakan cabang pemasaran dan perdagangan Petronas di Eropah serta Neste, pengeluar utama diesel dan SAF yang boleh diperbaharui di dunia, yang ditapis daripada sisa.

“Sekarang ini sebahagian besar daripada pencemaran membabitkan bahan api, oleh itu, MAG (syarikat induk Malaysia Airlines) berharap 100 peratus penerbangan Malaysia Airlines akan menggunakan SAF menjelang 2050 untuk pilihan tenaga yang lebih bersih dan berdaya maju,” katanya pada sidang media selepas menghadiri majlis sambutan penerbangan sulung itu di sini hari ini.

Lebih 370,000 penerbangan dan 45 syarikat penerbangan telah menggunakan SAF sejak 2016.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1904
Kongsi :
Previous post Keganasan terhadap wanita adalah isu kesihatan – Khairy
Next post Krismas: Keluarga, penjaga dibenar lawat penghuni penjara 26-31 Dis
Ubah saiz-+=