Diskaun saman JPJ dilanjut sehingga 15 Dis

Masa Membaca:35 Saat

KUALA LUMPUR, 11 Dis – Tempoh pengurangan kompaun saman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebanyak 80 peratus yang sepatutnya berakhir esok, dilanjutkan sehingga 15 Dis depan.

Permakluman mengenai perkara berkenaan dibuat melalui laman Facebook rasmi JPJ tengah malam tadi.

Semalam, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin menyatakan kaunter diskaun pembayaran saman Polis Diraja Malaysia dan JPJ yang disediakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur sempena program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia, ditutup serta merta.

Ia susulan kegagalan pihak penganjur memastikan penjarakan fizikal dan menyebabkan berlakunya kesesakan, di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit (Akta 342).

Penganjur program berkenaan juga dikenakan kompaun RM1,000 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) berkaitan COVID-19. – BERNAMA

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

3381
Kongsi :
Previous post Melaka perhalusi cadangan wajibkan saringan mingguan COVID-19 di sekolah berasrama – KM
Next post RTC Sungai Rambai dijangka kembali beroperasi Januari depan
Ubah saiz-+=