MPHTJ johan tandas awam bersih

Masa Membaca:46 Saat

AYER KEROH 11 Dis – Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) muncul johan kategori Tandas Awam Bersih dalam Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan peringkat Negeri Melaka 2021.

Hadiah itu telah disampaikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Kamel Mohamad dan Exco Kerajaan Tempatan negeri Datuk Zaidi Attan dalam satu majlis baru-baru ini.

Tandas awam Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) kelolaan MPHTJ telah dipilih sebagai tandas awam terbersih dalam pertandingan tersebut.

Selaku johan, MPHTJ membawa pulang hadiah RM5,000 berserta sijil penghargaan.

Yang Dipertua MPHTJ Datuk Shadan Othman merakamkan penghargaan kepada kerajaan negeri di bawah Unit Kerajaan Tempatan (UKT) di atas pengiktirafan tersebut.

Beliau menyifatkan kerjasama pelbagai pihak menjadi kunci kejayaan pihak berkuasa tempatan itu meraih anugerah tersebut.

“Displin dan jati diri orang awam yang menggunakan tandas ini perlu dijadikan contoh supaya kesedaran tentang kebersihan berpunca dari dalam diri kita semua. Terima kasih semua,” katanya dalam satu kenyataan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1326
Kongsi :
Previous post Ismail Sabri tagih sokongan UMNO sebagai PM untuk bantu rakyat
Next post Agong, Permaisuri rasmi Pusat Hemodialisis YASA di Pekan
Ubah saiz-+=