
Jadikan sekolah tempat terokai minat anak-anak – Dira
RIM 10 Dis – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rim, Datuk Khaidhirah Abu Zahar berharap supaya Kerajaan Persekutuan mengkaji semula sistem persekolahan khususnya di sekolah rendah sebagai tempat untuk meneroka minat anak-anak.
Beliau berkata, sekolah seharusnya menjadi tempat pembelajaran yang menyeronokkan, sekali gus dapat menarik minat anak-anak untuk terus memperkembangkan bakat mereka di sekolah.
“Sempat saya singgah melawat anak-anak di Sekolah Kebangsaan (SK) Terentang, Jasin sempena sambutan minggu kanak-kanak.
“Banyak aktiviti yang dilaksanakan antaranya sesi membuat sandwich dan cupcake, SK Terentang menempatkan 89 pelajar dan 20 tenaga pengajar.
“Harapan saya tinggi khususnya kepada Kerajaan Persekutuan untuk mengkaji sistem persekolahan supaya peringkat sekolah rendah dijadikan tempat penerokaan minat dan pengembangan bakat anak-anak,” katanya dalam satu hantaran di Facebook rasminya, semalam.
Pada masa sama, beliau yang lebih dikenali sebagai Dira Abu Zahar turut gembira melihat perkembangan suasana pembelajaran yang cukup positif di sekolah berkenaan.
“Tahniah kepada cikgu kerana berjaya menjadikan sekolah ini sebagai tempat pembelajaran yang menyeronokkan,” katanya lagi.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
RAPATKAN JURANG DIGITAL PENDUDUK KAMPUNG
RIM 20 April - Pembinaan menara telekomunikasi baharu sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim akan merapatkan lagi jurang digital dan...
MPHTJ GEMPUR PENIAGA WARGA ASING
AYER KEROH 20 April - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya akan terus mempergiatkan operasi bagi membanteras peniaga warga asing yang...
LUAR BIASA MERIAH, LEBIH 50,000 BERAYA DENGAN KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Meriah dan luar biasa! Itu gambaran suasana Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka...
SITI NURHALIZA BAKAL ‘GEGAR’ RUMAH TERBUKA KETUA MENTERI MELAKA MALAM INI?
TANJUNG BIDARA 19 April - Penyanyi nombor satu negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza dikatakan menjadi antara tetamu jemputan yang bakal...
KERAJAAN STABIL BAWA PULANGAN KEPADA RAKYAT
TANJUNG BIDARA 19 April - Kemeriahan suasana sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka di Villa d'Acqua Kampung Pulau,...
TPM HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahir Hamidi hadir ke Majlis Rumah Terbuka...