Sorting by

×

Pendidikan diberikan fokus utama

Masa Membaca:1 Minit, 2 Saat

PAYA RUMPUT 8 Dis – Tumpuan khusus akan diberikan oleh kerajaan negeri dalam memastikan tiada pelajar dan murid di negeri ini yang tercicir mahupun berhenti sekolah akibat kesempitan hidup.

Exco Pendidikan, Datuk Rais Yasin berkata, adalah menjadi keutamaan dalam memastikan anak-anak mendapat pendidikan sewajarnya walaupun berdepan masalah tertentu.

Beliau berkata, pada Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (MMKN) pertama yang dihadirinya, pemasalahan itu akan difokuskan dalam memastikan tiada pelajar yang tercicir di Melaka.

“Anak-anak sewajarnya mendapat pendidikan dan mereka yang tercicir disebabkan masalah keluarga serta kemiskinan bukan alasan untuk pihaknya bersikap menutup mata.

“Sebaliknya anak-anak ini perlu dikenal pasti supaya dapat dibantu. Masyarakat juga perlu turut sama membantu kerana terdapat bantuan persekolahan buat golongan ini,” katanya ketika dihubungi.

Beliau yang juga Exco Pendidikan dan Teknologi berkata, beberapa agensi termasuk Pusat Zakat Melaka, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) ada bantuan yang boleh disalurkan kepada pelajar dan murid ini agar mereka dapat meneruskan sesi persekolah seperti biasa.

“Untuk tempoh ini saya belum ada data murid dan pelajar yang terpaksa berhenti sekolah.

“Saya berpegang, anak-anak yang dilahirkan tidak kira apa pun statusnya harus mendapat pendidikan sewajarnya kerana hanya pendidikan dapat mengubah nasib mereka,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

629
Kongsi :
Previous post PDRM tawar diskaun 80 peratus saman trafik
Next post Tindakan Najib dalam kes SRC bukan untuk kepentingan negara – Hakim
Ubah saiz-+=