Solusi isu banjir di Sungai Putat, Taman Bukit Beruang Bistari
AYER KEROH 7 Dis – Masalah banjir berulang di Sungai Putat dan Taman Bukit Beruang Bistari bakal diselesaikan dengan solusi jangka pendek, sederhana dan panjang oleh agensi berkaitan.
Exco Pengurusan Banjir negeri Datuk Rahmad Mariman berkata, antara kerja-kerja yang sedang dilakukan di Sungai Putat ialah menaik taraf ban di kolam takungan oleh pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).
Selain itu, pengalihan pulau dan lain-lain kerja berkaitan juga sedang dijalankan di kawasan itu untuk mengelakkan masalah banjir terus berulang.
“Di Taman Bukit Beruang Bistari pula sedang dilakukan kerja membersih dan membina ‘flat gate’ di kolam takungan oleh Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ).
“Insya-Allah kerja-kerja lain untuk mengatasi banjir juga sedang dirancang pada ketika ini.
“Mudah-mudahan tidak berlakunya hujan lebat pada masa sekarang memandangkan fenomena air pasang besar sedang melanda beberapa kawasan di Pantai Barat Semenanjung Malaysia pada ketika ini,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.
Lawatan itu turut dihadiri Yang Dipertua MPHTJ Datuk Shadan Othman dan Pengarah JPS Melaka Abdul Hakim Hamzah.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
ANAK ASAHAN ‘MASUK JAWI’ DAPAT SIJIL
ASAHAN 19 Januari - Seramai 108 anak-anak Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan diberikan sijil penyertaan masuk jawi pada Program Khatan...
PERCUBAAN SEBULAN ‘NO RIGHT TURN’ DI JALAN SYED ABDUL AZIZ
DUYONG 19 Januari - Tempoh percubaan penyuraian trafik bagi mengatasi kesesakan lalu lintas di Jalan Syed Abdul Aziz dan Persimpangan...
‘NADI’ KUALA LINGGI SIAP FEBRUARI INI
KUALA LINGGI 19 Januari - Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi bakal menerima satu Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI)...
RV LONJAK EKONOMI PELANCONGAN MELAKA
DUYONG 19 Januari - Kerajaan Negeri giat berusaha melonjakkan ekonomi pelancongan negeri melalui tarikan baharu Recreational Vehicle (RV) yang kini...
MELAKA ANJUR JAMBOREE KARAVAN TERBESAR SEPTEMBER DEPAN
DUYONG 19 Januari - Lebih 1,000 peminat karavan dijangka akan berkampung di Melaka bagi memeriahkan program Jamboree Karavan, September depan....
KERAJAAN MELAKA SEDIA BANTU ‘HIDUPKAN’ NUSA DUSUN KUALA LINGGI
KUALA LINGGI 18 Januari - Kerajaan Negeri sedia membantu hampir 300 pemilik tanah-tanah terbiar di Nusa Dusun Orchard Resort, Kuala...