
TYT, KM hadir majlis makan malam di Banda Hilir
BANDA HILIR 4 Dis – Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Melaka Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam hadir ke Majlis Makan Malam di Hotel Hatten, di sini, malam ini.
Majlis makan malam itu diadakan bersempena dengan Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka 2021 sempena Sambutan Hari Jadi beliau Ke-72.
Mohd Ali hadir ditemani isteri Toh Puan Datuk Wira Asmah Abd Rahman.
Ketibaan beliau disambut Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali bersama barisan Exco Kerajaan Negeri dan tetamu kehormat lain.
Majlis didahului dengan bacaan doa oleh Mufti Melaka, Datuk Wira Abdul Halim Tawil sebelum diadakan upacara memotong kek dan diikuti dengan jamuan makan malam.
Terdahulu, pada pagi tadi Mohd Ali berkenan menyempurnakan pemakaian darjah, bintang dan pingat kebesaran negeri kepada 235 penerima yang didahului oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani dan Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain.
Esok, akan diadakan dua lagi sesi istiadat penganugerahan pada sebelah pagi dan petang untuk melengkapkan senarai keseluruhan 689 penerima darjah, bintang dan pingat kebesaran tahun ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KETUA POLIS BALAI DITAHAN POSITIF DADAH BAKAL BERDEPAN TINDAKAN TATATERTIB
KUALA LUMPUR 21 April - Seorang ketua polis balai yang ditahan kerana disyaki mengambil dadah ketika berada di sebuah pusat...
19 PELAJAR KOLEJ KOMUNITI KOTA MELAKA PAMER KEMAHIRAN DANDAN RAMBUT
BANDA HILIR 21 April - Seramai 19 pelajar Diploma Dandanan Rambut Kolej Komuniti Kota Melaka mempamerkan kemahiran dandanan rambut, solekan...
POLIS MELAKA KOMITED BANTERAS SINDIKET MINTA SEDEKAH, JUAL KEREPEK
AYER KEROH 21 April - Polis Melaka komited membanteras sindiket meminta sedekah dan menjual kerepek khususnya di kaki lima bank...
JALAN BAHARU TAMBAK PAYA KE LEBUH AMJ STRATEGI PENYURAIAN TRAFIK
AYER MOLEK 21 April - Jalan pintas baharu dianggarkan sejauh tiga kilometer (km) menghubungkan Tambak Paya dan Lebuh Alor Gajah-Melaka...
MELAKA REKOD 666 KES PENIPUAN DALAM TALIAN, KERUGIAN RM19.52 JUTA
REMBIA 21 April - Melaka merekodkan kerugian berjumlah RM19.52 juta yang melibatkan 666 kes penipuan dalam talian bagi tempoh 1...
AMENG SPRING BAKAL MERIAHKAN RUMAH TERBUKA AIDILFITRI DUN TABOH NANING
TABOH NANING 22 April - Penyanyi lelaki popular, Ameng Spring bakal memeriahkan lagi sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri...