
DMDI agih daging korban buat 1,000 penduduk

AYER KEROH 3 Ogos – Rumah Amal Yayasan Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) mengagihkan satu kilogram daging korban buat 1,000 masyarakat sempena sambutan Hari Raya Aidiladha di negeri ini.
Pengurus Besar Yayasan DMDI, Datuk Wira Zainal Hussin berkata, sebanyak empat ekor lembu dikorbankan pada program itu untuk diagihkan kepada umat Islam.
“DMDI aktif mengadakan program sumbangan kebajikan dari semasa ke semasa untuk membantu orang susah.
“Ini termasuklah mengadakan kerjasama dengan kerajaan negeri bagi agihan sumbangan,” katanya kepada MHI.
Hadir sama, Ketua Menteri Datuk Haji Sulaiman Md Ali; Pengerusi Yayasan DMDI Mohd Ridhwan Mohd Ali dan Naib Presiden DMDI Datuk Wira Dr Jamil Mukmin.
Katanya, daging korban tersebut turut disedekahkan kepada rumah-rumah anak yatim, rumah ibu tunggal dan rumah orang miskin di Bukit Katil serta kawasan sekitar.
“Kita ucapkan terima kasih kepada Ketua Menteri kerana sentiasa memberi sokongan dalam semua program dan aktiviti kebajikan DMDI,” katanya.
Views:
Related


Berita Lain
RAPATKAN JURANG DIGITAL PENDUDUK KAMPUNG
RIM 20 April - Pembinaan menara telekomunikasi baharu sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim akan merapatkan lagi jurang digital dan...
MPHTJ GEMPUR PENIAGA WARGA ASING
AYER KEROH 20 April - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya akan terus mempergiatkan operasi bagi membanteras peniaga warga asing yang...
LUAR BIASA MERIAH, LEBIH 50,000 BERAYA DENGAN KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Meriah dan luar biasa! Itu gambaran suasana Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka...
SITI NURHALIZA BAKAL ‘GEGAR’ RUMAH TERBUKA KETUA MENTERI MELAKA MALAM INI?
TANJUNG BIDARA 19 April - Penyanyi nombor satu negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza dikatakan menjadi antara tetamu jemputan yang bakal...
KERAJAAN STABIL BAWA PULANGAN KEPADA RAKYAT
TANJUNG BIDARA 19 April - Kemeriahan suasana sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka di Villa d'Acqua Kampung Pulau,...
TPM HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahir Hamidi hadir ke Majlis Rumah Terbuka...