Bank komersial diseru tidak ambil tindakan terhadap peniaga kecil gagal bayar balik pinjaman
PUTRAJAYA, 3 Dis – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyeru bank komersial supaya tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap peniaga kecil dan penjaja yang gagal membuat bayaran balik pinjaman.
Ismail Sabri berkata bank komersil wajar mencontohi inisiatif institusi kewangan di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Medac) seperti Bank Rakyat dan SME Bank yang tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap golongan itu jika gagal membuat bayaran balik sehingga Jun 2022.
Beliau berkata institusi kewangan lain di bawah kerajaan seperti Bank Simpanan Nasional dan Bank Pembangunan Malaysia Bhd juga diminta membuat pertimbangan sewajarnya kerana golongan peniaga mikro terkesan dan terbeban akibat pandemik COVID-19.
“Saya barharap bank lain juga dapat mengambil tindakan yang sama seperti dilakukan bank dan institusi kewangan di bawah Medac,” katanya ketika melancarkan Hari Penjaja dan Peniaga Kecil serta Program Transformasi Pasar Malam di sini hari ini.
Program berkembar itu bertujuan membantu peniaga kecil dan penjaja bangkit semula setelah hampir dua tahun bergelut akibat pandemik COVID-19. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
GENG RXZ BOLEH BERGAMBAR DI 6 LOKASI ‘INSTAWORTHY’ SEKITAR JASIN – MPJ
JASIN 24 November - Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) menyediakan enam lokasi 'instaworthy' untuk peserta RXZ Members Ride Edition Melaka Chapter...
SEMAKIN RAMAI AMAL KITAR SEMULA DI MELAKA
PAYA RUMPUT 24 November - Hampir 45 tan jumlah barangan kitar semula di Pusat Pandu Lalu KITARecycle (PPLK) di Taman...
SUNGAI RAMBAI DAPAT KLINIK KESIHATAN BAHARU
SUNGAI RAMBAI 24 November - Penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai bakal menerima klinik kesihatan baharu yang akan menggantikan...
MELAKA AKAN PERKENAL JALAN ‘BYPASS’ KE BANDA HILIR
AYER KEROH 24 November - Satu laluan 'bypass' baharu akan diperkenalkan Kerajaan Negeri bagi memudahkan akses orang ramai ke Banda...
MANGSA BANJIR DI MELAKA TENGAH MENURUN MALAM INI
AYER KEROH 23 November - Mangsa banjir di daerah Melaka Tengah yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) menurun kepada...
LANDASAN MONOREL MELAKA BAKAL BERUBAH WAJAH
AYER KEROH 23 November - Trek monorel di Jalan Tun Ali yang dicadangkan untuk menjadi produk pelancongan baharu berkonsepkan laluan...