Sorting by

×

KL ATCC pertingkat tahap kecekapan perkhidmatan trafik udara negara

Masa Membaca:1 Minit, 1 Saat

SEPANG, 1 Dis – Pengoperasian Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KL ATCC) di lokasi baharu iaitu di Sepang, diyakini mampu mempertingkatkan tahap kecekapan perkhidmatan trafik udara negara setanding negara maju lain di dunia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata KL ATCC itu bukan sahaja menempatkan operasi perkhidmatan trafik udara bagi seluruh ruang udara Semenanjung Malaysia, malah turut menempatkan Pusat Mencari dan Menyelamat Negara dan Joint Airspace Management Coordination Center (JAMCC).

“Pusat kawalan secara bersepadu yang serba canggih ini tentunya keupayaan dan kesiapsiagaan negara telah dapat dipertingkatkan untuk menghadapi situasi dunia penerbangan yang serba mencabar serta dapat menyokong masa depan generasi akan datang yang lebih cerah,” katanya ketika berucap merasmikan KL ATCC di Sepang hari ini.

Pada 1 Sept lepas, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata pemindahan operasi KL ATCC ke Sepang dari Subang menyaksikan penstrukturan semula ruang udara negara daripada tujuh kepada 14 sektor.

KL ATCC yang ditempatkan dalam bangunan dengan inspirasi reka bentuk ‘wau’ menempatkan pusat operasi trafik udara Maklumat Penerbangan Ruang Udara Kuala Lumpur (KL FIR), yang merupakan tulang belakang kepada fungsi kawalan trafik udara negara dan Pusat Koordinasi Mencari dan Menyelamat (SAR) Aeronautik. -BERNAMA

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

676
Kongsi :
Previous post Ibu bapa, guru perlu kerjasama elak penularan kluster pendidikan- Rais
Next post Omicron: Warga emas, individu komorbid disaran elak perjalanan ke luar negara
Ubah saiz-+=