
Gangguan bekalan air 24 jam mulai 5 Ogos
AYER KEROH 3 Ogos – Gangguan bekalan air dijadualkan berlaku selama 24 jam mulai 5 hingga 6 Ogos ini di beberapa kawasan sekitar negeri membabitkan kira-kira 40,000 bilangan akaun.
Melalui notis bekalan air berjadual yang dikeluarkan Syarikat Bekalan Air Melaka (SAMB), kerja-kerja bagi membaiki injap bersaiz 700mm di Loji Air Daf 1 mengakibatkan pengepaman air terawat ke Kolam Senandong B3, Kolam Berangan dan Kolam Senandong A terpaksa dihentikan sementara.
“SAMB menjangkakan kerja-kerja ini akan menyebabkan gangguan bekalan air selama 24 jam bermula dari 9 malam (5 Ogos) sehingga 9 malam berikutnya.
“Pengguna dinasihatkan menyimpan bekalan air secukupnya dan sebarang maklumat lanjut boleh hubungi di Pusat Khidmat Pelanggan beroperasi 24 jam di talian 15800,” katanya.
Views:
Related

Berita Lain
RAPATKAN JURANG DIGITAL PENDUDUK KAMPUNG
RIM 20 April - Pembinaan menara telekomunikasi baharu sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim akan merapatkan lagi jurang digital dan...
MPHTJ GEMPUR PENIAGA WARGA ASING
AYER KEROH 20 April - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya akan terus mempergiatkan operasi bagi membanteras peniaga warga asing yang...
LUAR BIASA MERIAH, LEBIH 50,000 BERAYA DENGAN KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Meriah dan luar biasa! Itu gambaran suasana Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka...
SITI NURHALIZA BAKAL ‘GEGAR’ RUMAH TERBUKA KETUA MENTERI MELAKA MALAM INI?
TANJUNG BIDARA 19 April - Penyanyi nombor satu negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza dikatakan menjadi antara tetamu jemputan yang bakal...
KERAJAAN STABIL BAWA PULANGAN KEPADA RAKYAT
TANJUNG BIDARA 19 April - Kemeriahan suasana sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka di Villa d'Acqua Kampung Pulau,...
TPM HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahir Hamidi hadir ke Majlis Rumah Terbuka...