Sorting by

×

Abdul Hakim dilantik Setiausaha Politik Ketua Menteri Melaka yang baharu

Masa Membaca:54 Saat

AYER KEROH 29 Nov – Ketua Pemuda UMNO Bahagian Masjid Tanah, Abdul Hakim Abdul Wahid mengangkat sumpah sebagai Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali hari ini.

Majlis angkat sumpah jawatan itu diadakan di Pejabat Ketua Menteri, Kompleks Seri Negeri.

Pelantikan Abdul Hakim, 35 menggantikan Datuk Wira Sazali Muhd Din berkuatkuasa hari ini.

ABDUL Hakim mengangkat sumpah jawatan Setiausaha Politik di hadapan Sulaiman di Pejabat Ketua Menteri di sini hari ini.

Abdul Hakim, 35 yang juga Setiausaha UMNO Bahagian Masjid Tanah sebelum ini pernah bertugas sebagai Pegawai Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Parlimen Masjid Tanah.

Menerusi catatan Facebook peribadi milik Sulaiman, beliau mengucapkan tahniah di atas pelantikan itu dan turut merakamkan ucapan terima kasih di atas perkhidmatan Sazali sebelum ini.

“Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Saudara Haji Abdul Hakim dan selamat menjalankan tugas.

“Di kesempatan ini, saya juga mengucapkan terima kasih kepada bekas Setiausaha Politik saya, YBhg. Datuk Wira Haji Sazali bin Muhd. Din atas perkhidmatan sebelum ini,” tulisnya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

4696
Kongsi :
Previous post Writing Kedah History: A Shameful Belief Toward Thailand’s Chauvinistic Nationalism
Next post Nelayan hasilkan ikan masin melalui tenaga solar
Ubah saiz-+=