Sorting by

×

Bandar Hilir kembali meriah

Masa Membaca:47 Saat

BANDA HILIR 28 Nov – Laluan bermula di Jalan Bendahara memasuki Pintu Gerbang Little India mulai sesak dengan kehadiran kenderaan dari dalam dan luar negeri Melaka, hari ini

Tinjauan Melaka Hari Ini (MHI) sekitar jam 1.30 petang mendapati keadaan jalan berkenaan dipenuhi kenderaan sehingga lebih satu kilometer menuju ke Banda Hilir sejak tengah hari tadi.

Negeri Melaka yang dikenali sebagai negeri pelancongan ini kembali sesak selepas kerajaan membenarkan aktiviti merentas negeri bermula 11 Oktober lalu.

Dalam pada itu, lokasi tumpuan ramai seperti Dataran Pahlawan Megamall, Pusat Beli-Belah Mahkota Parade sehingga ke kawasan Melaka Raya dipenuhi orang ramai yang mengambil peluang bercuti bersama keluarga.

Ada sesetengah individu mengambil cuti tahun untuk melakukan urusan membeli-belah bersama anak-anak setelah hampir sembilan bulan tidak dibenarkan merentas negeri.

Tidak ketinggalan di sekitar Menara Taming Sari turut sesak dipenuhi ahli-ahli keluarga yang meluangkan masa untuk menaiki menara tersebut.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

956
Kongsi :
Previous post Pelan Tindakan Perpaduan Negara 2021-2030 usaha kembalikan impian asal perpaduan – PM Ismail Sabri
Next post Struktur pengurusan Bersatu perlu ditambah baik – Pak Wan
Ubah saiz-+=