Pertingkat kerjasama erat Melaka-Terengganu – Sulaiman
SERI BENDAHARA 27 Nov – Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali, hari ini menerima kunjungan daripada Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, di kediaman rasminya, di sini.
Sulaiman berkata, pertemuan penuh mesra itu membuktikan hubungan akrab yang terjalin di antara Melaka dan Terengganu.
Beliau turut berharap kerjasama erat itu dapat dipertingkatkan antara kedua-dua negeri, khususnya membabitkan sektor pelancongan.
“Saya dan isteri, Datin Munira berbesar hati menyambut ketibaan Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, Menteri Besar Terengganu dan isteri, Toh Puan Seri Tuan Faezah Tuan Abd Rahman di Seri Bendahara, pagi tadi.
“Pertemuan penuh mesra ini membuktikan hubungan akrab yang sedia terjalin di antara Melaka dan Terengganu.
“Saya yakin dan percaya, kerjasama erat ini dapat dipertingkatkan pada masa depan khususnya bagi sektor pelancongan.
“Terima kasih juga saya ucapkan kepada Dr. Ahmad Samsuri kerana menghadiahkan saya baju batik Terengganu. Alhamdulillah,” katanya dalam satu hantaran di Facebook rasminya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
PERCUBAAN SEBULAN ‘NO RIGHT TURN’ DI JALAN SYED ABDUL AZIZ
DUYONG 19 Januari - Tempoh percubaan penyuraian trafik bagi mengatasi kesesakan lalu lintas di Jalan Syed Abdul Aziz dan Persimpangan...
‘NADI’ KUALA LINGGI SIAP FEBRUARI INI
KUALA LINGGI 19 Januari - Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi bakal menerima satu Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI)...
RV LONJAK EKONOMI PELANCONGAN MELAKA
DUYONG 19 Januari - Kerajaan Negeri giat berusaha melonjakkan ekonomi pelancongan negeri melalui tarikan baharu Recreational Vehicle (RV) yang kini...
MELAKA ANJUR JAMBOREE KARAVAN TERBESAR SEPTEMBER DEPAN
DUYONG 19 Januari - Lebih 1,000 peminat karavan dijangka akan berkampung di Melaka bagi memeriahkan program Jamboree Karavan, September depan....
KERAJAAN MELAKA SEDIA BANTU ‘HIDUPKAN’ NUSA DUSUN KUALA LINGGI
KUALA LINGGI 18 Januari - Kerajaan Negeri sedia membantu hampir 300 pemilik tanah-tanah terbiar di Nusa Dusun Orchard Resort, Kuala...
‘TAK PERLU LAGI TADAH BESEN’
KUALA LINGGI 18 Januari - Kepayahan yang dilalui sebuah keluarga nelayan di Kampung Telok Gong yang terpaksa menadah besen dan...