
Rusuhan di Kepulauan Solomon, semua rakyat Malaysia selamat – Wisma Putra
PUTRAJAYA 26 Nov – Kementerian Luar (Wisma Putra) memantau rapat perkembangan terkini di kepulauan Solomon, ekoran pergolakan dan tunjuk perasaan yang berlaku di bandar Honiara.
Menurut kenyataan kementerian hari ini, kesemua 231 warga Malaysia di bandar raya itu manakala 950 lagi yang berada di luar bandar dilaporkan selamat.
“Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Port Moresby, Papua New Guinea sentiasa berhubung rapat dengan rakyat Malaysia di Kepulauan Solomon melalui Konsulat Kehormat Malaysia di negara tersebut,” menurut kenyataan itu.
Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular di Kepulauan Solomon boleh menghubungi Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Port Moresby atau kementerian.
Menurut laporan media, protes antikerajaan menuntut Perdana Menteri Manasseh Sogavare meletak jawatan itu sudah berlarutan sejak Rabu, menyebabkan banyak insiden kebakaran berlaku di bandar raya tersebut. Sebuah balai polis dan bangunan di kawasan parlimen turut dibakar.
Sogavare pada Rabu mengenakan sekatan pergerakan selama 36 jam di Honiara tetapi tidak diendah penunjuk perasaan.
Australia turut menghantar anggota polis dan tenteranya ke Kepulauan Solomon pada Jumaat untuk membantu mengawal rusuhan. -BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MPJ KOMPAUN LORI SAWIT GUNA JALAN TAMAN TANPA KEBENARAN
JASIN 18 April - Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) mengenakan kompaun kepada pemilik lori sawit yang menggunakan laluan taman perumahan. Setiausaha...
RUNGKAI ISI TERSIRAT ‘BIJAK LAKSANA TUAH, BERANI LAKSANA JEBAT’
SERI NEGERI 18 April - Slogan Bijak Laksana Tuah, Berani Laksana Jebat bukan sekadar kata-kata tetapi cerminan jiwa orang Melaka,...
MAPEX 2025 TAWAR RUMAH SERENDAH RM99,000 UNTUK ORANG MELAKA
AYER KEROH 17 April - Pelbagai jenis rumah dan hartanah pada harga serendah RM99,000 ditawarkan di Ekspo Perumahan dan Hartanah...
ZOO MELAKA SAMBUT KELAHIRAN HARIMAU KUMBANG JANTAN
AYER KEROH 17 April - Zoo Melaka menerima kehadiran 'ahli baharu' selepas seekor harimau kumbang jantan selamat dilahirkan, baru-baru ini....
92 MURID, PELAJAR BERENTAP PADA KEJOHANAN GOLF MSSNM
AYER KEROH 17 April - Seramai 92 peserta mewakili 41 buah sekolah rendah dan menengah berentap pada Kejohanan Golf Majlis...
HARGA TIKET ZOO MELAKA DITURUNKAN
AYER KEROH 17 April - Zoo Melaka menurunkan harga tiket ke taman haiwan itu sepanjang tahun ini. Yang Dipertua Majlis...