
Perang bendera PRN Melaka mulai reda
AYER KEROH 24 Nov – Perang bendera dan poster calon yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka 20 Nov lalu mulai reda hari ini.
Tinjauan Melaka Hari Ini (MHI) mendapati selepas empat hari tamatnya bahang PRN Melaka hanya beberapa kawasan masih kelihatan poster, kain rentang dan tiang bendera, itupun dalam kuantiti yang sangat sedikit.
Menurut Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah (MPHTJ) Datuk Shadan Othman dalam sejak Isnin, parti-parti politik telah mengambil inisiatif untuk membersihkan bahan kempen masing-masing.

Bagaimanapun, katanya, parti politik diberikan tempoh sehingga Jumaat ini untuk membersihkan semua bahan kempen tersebut.
“Sekiranya mereka ini gagal berbuat demikian, deposit sebanyak RM5,000 tidak akan dipulangkan.
“Sehingga kini dianggarkan lebih 50 peratus bahan kempen itu sudah dibersihkan di kawasan pentadbiran MPHTJ.
“Masih ada yang tidak turun lagi tetapi kita ada tempoh sehingga Jumaat,” katanya kepada MHI.
Jelasnya, parti politik sebelum ini perlu meletakkan deposit untuk menggantung kesemua bahan untuk berkempen pada PRN Melaka.
“Sebelum ini mereka ada meletakkan deposit, sekiranya gagal deposit itu akan kita gunakan untuk melantik kontraktor membersihkan,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
KAMPUNG FELDA TUN GHAFFAR AIR KANGKONG TERIMA ENAM PROJEK PEMBANGUNAN KOMUNITI
JASIN 15 Disember - Pemilihan Kampung Felda Tun Ghaffar Air Kangkong sebagai Kampung Angkat MADANI Tahun 2025 memfokuskan enam skop...
MPHTJ KELUAR LEBIH 3,000 KOMPAUN PELBAGAI KESALAHAN
BUKIT KATIL 15 Disember - Sebanyak 3,058 kompaun dikeluarkan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) bagi tempoh Januari hingga 5...
‘MUSEUM FUN WALK’ PUPUK AMALAN GAYA HIDUP SIHAT
BANDA HILIR 15 Disember – Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) menganjurkan 'Museum Fun Walk' khusus untuk kakitangannya bagi memupuk kesedaran terhadap...
PERMAINAN DAM AJI SEMAKIN POPULAR, DIMINATI RAMAI
AYER KEROH 15 Disember - Sejak permainan sukan rakyat ini diangkat, dam aji kini mencipta populariti luar biasa apabila bilangan...
DAM AJI MEDIUM PERPADUAN RAKYAT
AYER KEROH 15 Disember - Pertandingan Dam Aji Piala YAB Ketua Menteri Melaka 2025 bukan sekadar medan persaingan, sebaliknya turut...
MELAKA PENERAJU PELANCONGAN PINTAR
TELOK MAS 15 Disember - Melaka bakal menjadi peneraju pelancongan pintar menerusi pengenalan Smart AI Tourism Negeri Melaka. Exco Pelancongan,...

