
30,290 rumah siap dibina tidak terjual
KUALA LUMPUR 23 Nov – Sebanyak 30,290 unit rumah siap dibina bernilai RM19.75 bilion di seluruh negara tidak terjual setakat suku ketiga tahun ini, berbanding 31,112 unit rumah membabitkan nilai RM20.1 bilion pada suku kedua.
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Ismail Abdul Mutalib berkata berdasarkan data Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC), angka itu menunjukkan penurunan 2.64 peratus dalam bilangan unit dan 1.74 peratus dalam nilai pada suku tahun ketiga berbanding suku tahun kedua.
“Terdapat penurunan kadar lambakan rumah yang tidak terjual walaupun tidak ketara kerana terdapat pemaju yang menurunkan harga atau memberikan diskaun bagi membolehkan bekalan rumah sedia ada dapat dijual dalam ketidaktentuan ekonomi masa kini.
“Ini dibuktikan dengan penurunan indeks harga rumah pada suku ketiga (2021) pada 198.6 mata berbanding suku ketiga 2020 pada 199.9 mata yang menunjukkan penurunan sebanyak 0.7 peratus,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan Datuk Ahmad Jazlan Yaakub (BN-Machang) mengenai jumlah terkini rumah tidak terjual setakat September lepas. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
100 TAHUN, PANDU PUTERI MELAKA TERUS MARTABAT ANAK GADIS, WANITA
BANDA HILIR 18 April - Menginjak usia 100 tahun penubuhannya, Persatuan Pandu Puteri Melaka terus mengorak langkah dalam memartabatkan anak...
DUA PEMUDA DISYAKI AKTIF EDAR DADAH DITAHAN POLIS
AYER KEROH 18 April - Dua lelaki yang dipercayai aktif dalam aktiviti pengedaran dadah sejak empat bulan lalu ditahan bersama...
DEWAN BELIA NEGERI MELAKA BUKAN UNTUK ‘GLAMOUR’ TETAPI LAKSANAKAN AMANAH
SERI NEGERI 18 April - Dewan Belia Negeri Melaka bukan sekadar medan berhujah, sebaliknya dimanfaatkan sebagai platform untuk mengemukakan cadangan...
MASALAH RESIDENSI PRIMA KLEBANG 2 DIJANGKA SELESAI SUKU KEDUA 2025
KLEBANG 18 April - Kerajaan Negeri memberi jaminan pemasalahan berkaitan projek Residensi Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) Klebang 2, ditangani sebaiknya...
B.E.L.I.A TERAS UTAMA KEPIMPINAN ORANG MUDA MELAKA
SERI NEGERI 18 April - Bagi memastikan kepimpinan belia Melaka terus unggul dan relevan, Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab...
MELAKA KOMITED LAHIRKAN BELIA BERANI, BIJAKSANA, BERPANDANGAN GLOBAL
SERI NEGERI 18 April - Belia diminta untuk memainkan peranan lebih aktif dengan bersama-sama menyumbangkan idea dalam membantu pembangunan Negeri...