
Sulaiman mula tugas Ketua Menteri bagi penggal baharu
AYER KEROH 22 Nov – Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali memulakan tugas pada hari pertama sebagai Ketua Menteri Melaka secara rasmi bagi penggal baharu di Seri Negeri hari ini.
Beliau melaporkan diri dengan mengimbas kad perakam waktu di Pejabat Ketua Menteri pada jam 8.30 pagi hari ini sambil disaksikan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Kamel Mohamed.
Pelantikan beliau sebagai Ketua Menteri Melaka ke-13 itu selepas Barisan Nasional (BN) memperoleh kemenangan majoriti dua pertiga dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka 20 Nov lalu.
Sulaiman hari ini menjalankan tanggungjawab sebagai pemimpin negeri Melaka buat kali kedua selepas diberikan mandat baharu oleh rakyat negeri Melaka.
Beliau mengangkat sumpah memegang jawatan itu di hadapan Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Ali Mohd Rustam semalam.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
RAPATKAN JURANG DIGITAL PENDUDUK KAMPUNG
RIM 20 April - Pembinaan menara telekomunikasi baharu sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim akan merapatkan lagi jurang digital dan...
MPHTJ GEMPUR PENIAGA WARGA ASING
AYER KEROH 20 April - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya akan terus mempergiatkan operasi bagi membanteras peniaga warga asing yang...
LUAR BIASA MERIAH, LEBIH 50,000 BERAYA DENGAN KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Meriah dan luar biasa! Itu gambaran suasana Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka...
SITI NURHALIZA BAKAL ‘GEGAR’ RUMAH TERBUKA KETUA MENTERI MELAKA MALAM INI?
TANJUNG BIDARA 19 April - Penyanyi nombor satu negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza dikatakan menjadi antara tetamu jemputan yang bakal...
KERAJAAN STABIL BAWA PULANGAN KEPADA RAKYAT
TANJUNG BIDARA 19 April - Kemeriahan suasana sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka di Villa d'Acqua Kampung Pulau,...
TPM HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahir Hamidi hadir ke Majlis Rumah Terbuka...