Sorting by

×

Razak janji tunai 10 janji

Masa Membaca:58 Saat

TELOK MAS 21 Nov – Calon Barisan Nasional (BN) Datuk Abdul Razak Abdul Rahman yang memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka berjanji akan menunaikan 10 janji beliau buat penduduk Telok Mas.

Abdul Razak yang bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas, diberi kepercayaan dan mandat oleh rakyat untuk menabur bakti.

Menurut beliau, kemenangan ini hanya permulaan untuk beliau terus menabur bakti buat penduduk Telok Mas.

“Saya akan menunaikan 10 janji dan terima kasih buat pengundi yang memberikan kepercayaan kepada saya.

“Terima kasih untuk semua pasukan yang banyak membantu saya sepanjang kempen berlangsung,” katanya menerusi catatan Facebook miliknya.

Abdul Razak turut menyampaikan ucapan terima kasih buat calon dari Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN) dan Bebas yang turut sama bertanding kerana memberi saingan kempen yang sihat.

Abdul Razak yang berdepan saingan empat penjuru pada PRN Melaka semalam, memenangi kerusi Telok Mas apabila jauh mendahului dengan 5,897 undi meninggalkan calon PH, Datuk Ashraf Minghat dengan 3,057 undi.

Manakala Pengerusi PN Melaka yang turut bertanding di situ, Datuk Wira Mohd Rafiq Naizamohideen hanya memperoleh 3,051 undi manakala calon Bebas, Ariff Adly sekadar meraih 151 undi.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

677
Kongsi :
Previous post Saya perlu bersedia awal – Sulaiman
Next post Janji Tuminah kotakan janji untuk rakyat Pantai Kundor
Ubah saiz-+=