Sorting by

×

Pemimpin BN mula banjiri Seri Bendahara

Masa Membaca:41 Saat

SERI BENDAHARA 20 Nov – Kesemua calon Barisan Nasional (BN) yang memenangi kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka mula membanjiri Seri Bendahara sebentar tadi.

Ketibaaan Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali kira-kira jam 10.30 malam tadi turut disambut pemimpin-pemimpin parti BN.

Turut kelihatan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Presiden BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; mantan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Pengerusi BN Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh serta lain-lain pemimpin BN.

Kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam PRN Melaka memberi isyarat jelas rakyat mahu kestabilan politik untuk menerajui Melaka.

ANTARA barisan kepimpinan BN yang hadir di Seri Bendahara. Foto MR Azli

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

450
Kongsi :
Previous post Kemenangan BN isyarat jelas rakyat mahu kerajaan stabil – Zahid
Next post BN perkenal Enakmen Anti Lompat Parti
Ubah saiz-+=