
‘Naruto celup’ tutup tirai undi di SK Ramuan China Besar
AYER LIMAU 20 Nov – Seorang lelaki berpenampilan seperti watak animasi popular ‘Naruto’ menutup tirai hari mengundi di Sekolah Kebangsaan Ramuan China Besar hari ini.
Lelaki itu antara individu terakhir yang hadir membuang undi sebelum pusat mengundi itu ditutup tepat jam 5.30 petang, tadi.
SK Ramuan China Besar merupakan antara 217 pusat mengundi di Melaka membabitkan 12,290 petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan 1109 saluran di Melaka.
Selepas ini, kesemua peti undi akan dibawa ke Pusat Penjumlahan Undi di 28 DUN dan proses pengiraan undi dijangka akan bermula pada bila-bila masa.
Keputusan PRN malam ini akan diumumkan secara rasmi oleh SPR di Menara Persekutuan, Ayer Keroh seawal jam 10 malam ini.
Mengikut rekod, Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, seramai 495,195 orang pengundi berdaftar menjalankan tanggungjawab menentukan parti politik yang akan menerajui pentadbiran kerajaan negeri ini untuk tempoh lima tahun akan datang.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MAIM PERKENAL SKIM BANTUAN SIMPANAN PELAJARAN ANAK ASNAF
TELOK MAS 15 Disember - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) memperkenalkan satu lagi skim bantuan baharu dalam membantu pendidikan anak-anak...
MINAT MAIN DAM BAWA TUAH, AHCHAI RANGKUL KEMENANGAN BERGANDA
AYER KEROH 15 Disember - Bermula dengan minat bermain dam aji dan menjadikannya sebagai hobi, tuah berganda menyelebahi Ng Hock...
KAMPUNG FELDA TUN GHAFFAR AIR KANGKONG TERIMA ENAM PROJEK PEMBANGUNAN KOMUNITI
JASIN 15 Disember - Pemilihan Kampung Felda Tun Ghaffar Air Kangkong sebagai Kampung Angkat MADANI Tahun 2025 memfokuskan enam skop...
MPHTJ KELUAR LEBIH 3,000 KOMPAUN PELBAGAI KESALAHAN
BUKIT KATIL 15 Disember - Sebanyak 3,058 kompaun dikeluarkan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) bagi tempoh Januari hingga 5...
‘MUSEUM FUN WALK’ PUPUK AMALAN GAYA HIDUP SIHAT
BANDA HILIR 15 Disember – Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) menganjurkan 'Museum Fun Walk' khusus untuk kakitangannya bagi memupuk kesedaran terhadap...
PERMAINAN DAM AJI SEMAKIN POPULAR, DIMINATI RAMAI
AYER KEROH 15 Disember - Sejak permainan sukan rakyat ini diangkat, dam aji kini mencipta populariti luar biasa apabila bilangan...
