
Ab Rauf tunggang ‘y-suku’ ke masjid
TANJUNG BIDARA 19 Nov. – Calon Barisan Nasional (BN) Tanjung Bidara, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh mencuri perhatian apabila menunggang motosikal jenis Yamaha Y15 atau lebih dikenali ‘y-suku’ ke Masjid Ar Razak, Kampung Pulau.
Turut sama mencuri perhatian, kehadiran Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang menunggang motosikal berkuasa tinggi ke masjid sama dan disambut jemaah bagi bersama menunaikan solat jumaat bersama kampung berkenaan.
Ia juga turut dihadiri Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali yang tiba jam 12.55 tengah hari tadi.
Ketiga-tiga tokoh itu kemudian dijadualkan akan mengadakan ziarah kasih di Dun Lendu dan Tanjung Bidara sebagai persiapan terakhir sebelum PRN pada esok.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
JOM MERIAHKAN RUMAH TERBUKA AIDILFITRI TELOK MAS, SABTU INI
TELOK MAS 10 April - Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Telok Mas Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman menjemput seluruh...
KPDN MELAKA KESAN 7 KESALAHAN TIDAK PAMER TANDA HARGA ‘PINK’
PENGKALAN BATU 10 April - Sebanyak tujuh kes membabitkan kesalahan tidak menggunakan penanda harga merah jambu dikesan sepanjang Skim Harga...
11 AGENSI AGAMA MELAKA BERGABUNG JAYAKAN SAMBUTAN HARI RAYA 24 APRIL INI
AYER KEROH 9 April - Kira-kira 3,000 pengunjung dijangka memeriahkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Agensi Agama Islam Negeri Melaka...
MELAKA-GUANGXI JALIN KERJASAMA PELANCONGAN, PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN INDUSTRI
BANDARAYA MELAKA 9 April - Kerjasama dalam pelancongan, pendidikan dan pembangunan industri akan diberi tumpuan dalam memperkukuh kerjasama di antara...
MELAKA BERHASRAT JADI TAPAK PELANCARAN INISIATIF AI GUANGXI-MALAYSIA
BANDARAYA MELAKA 9 April - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berhasrat menjadikan negeri ini sebagai lokasi pelancaran...
PELANCONG CHINA KE MELAKA MENINGKAT TIGA KALI GANDA
BANDARAYA MELAKA 9 April - Melaka mencatatkan peningkatan luar biasa kedatangan pelancong antarabangsa dari China sempena Tahun Melawat Melaka 2024...