Sorting by

×

PN cakap tidak serupa bikin mahu lawan rasuah – Guan Eng

Masa Membaca:1 Minit, 54 Saat

KESIDANG 19 Nov – Pakatan Harapan (PH) mempersoalkan persetujuan diperolehi dalam Kabinet yang terdiri menteri daripada kalangan Bersatu berkaitan isu pemberian hartanah bernilai RM100 juta kepada Datuk Seri Najib Tun Razak.

Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng berkata, Perikatan Nasional (PN) mengagung-agungkan manifestonya mahu melawan rasuah namun keadaan berlaku sebaliknya apabila kebanyakan menteri bersetuju kerajaan memberikan hartanah berkenaan.

“Di sini saya hendak tanya mengapa Menteri Kabinet boleh setuju keputusan ini khususnya daripada Bersatu, oh mereka selalu cakap mereka lawan rasuah, lawan Nasib tetapi kali ini apa hendak cakap lagi?

“Mas Ermiyati di Tanjung Bidara, Mohd Rafiq di Telok Mas selalu cakap lawan rasuah, kita lawan Najib dan UMNO, sekarang dua kali lima, dua-dua (BN dan PN) serupa, jadi pilihan jelas adalah PH,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai isu pemberian tanah yang bernilai RM100 kepada mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang membangkitkan ketidakpuasan hati dan bantahan kepada pembangkang.

Guan Eng berkata, keputusan yang diumumkan Menteri Kewangan, Datuk Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz semalam amat mengejutkan kerana ia didakwa jelas bertentangan dengan Momerandum Persefahaman (MoU) yang ditandatangani antara pembangkang dan kerajaan.

Malah katanya, isu pemberian hartanah itu juga melanggar perundangan yang tidak sepatutnya diberikan ganjaran kepada individu yang didapati bersalah dalam kes rasuah.

“Bagaimana kerajaan berikan kelulusan hartanah bernilai tinggi untuk seseorang yang didapati bersalah atas tuduhan rasuah, PH tidak boleh terima kelulusan diberikan kabinet setelah diumumkan Tengku Zafrul.

“Saya sudah berbincang dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim (Presiden PKR) dan Mohamad Sabu (Presiden Amanah) semalam dan kami tidak bersetuju dan ini tidak selari dengan MoU yang kita (Majlis Presiden PH) tandatangani dengan kerajaan Persekutuan,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata susulan berita diumumkan Menteri Kewangan itu, pihaknya akan berjumpa dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada minggu hadapan mengenai perkara itu.

“Sekiranya beliau masih tegas dengan keputusan yang dibuat, maka MoU ini perlu diulangkaji mungkin lebih dari itu.

“Itu sesuatu kita tidak boleh terima langsung kerana ia berlawanan dengan MoU di mana kita hendak lawan COVID-19, bantu rakyat menghadapi kemelesetan ekonomi, tetapi sekiranya bagi RM100 juta harta atau rumah kepada seseorang didapati bersalah atas tuduhan jenayah, jadi MoU ini kurang bermakna.,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

566
Kongsi :
Previous post Rafiq sokong Mas Ermieyati calon KM
Next post PRN Melaka: Rayu undi, buka barung tidak dibenarkan – SPR
Ubah saiz-+=