
Zahid, Sulaiman ziarah balu Allahyarham Ghafaar Atan
ASAHAN 19 Nov – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, hari ini, hadir menziarahi teratak keluarga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asahan, Allahyarham Datuk Seri Abdul Ghafaar Atan.
Kehadirannya ke Villa Adiputra, Kampung Relau, di sini, diiringi Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali.
Kedua-dua mereka kemudiannya meluangkan masa berbual dan mengucapkan takziah kepada balu Allahyarham, Datin Seri Rabiah Hasan.
Turut diadakan bacaan tahlil ringkas dalam sesi ziarah itu.
“Salam takziah sekali lagi kepada ahli keluarga Allahyarham Datuk Seri Haji Abdul Ghafaar. Al-Fatihah,” kata Sulaiman dalam satu hantaran di laman Facebook rasminya, sebentar tadi.
Allahyarham Abdul Ghafaar menghembuskan nafas terakhir di Hospital Melaka pada tanggal 17 Nov lalu di usia 65 tahun.
Allahyarham dimasukkan ke hospital berkenaan sejak dua minggu lalu akibat jangkitan COVID-19.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
RAPATKAN JURANG DIGITAL PENDUDUK KAMPUNG
RIM 20 April - Pembinaan menara telekomunikasi baharu sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim akan merapatkan lagi jurang digital dan...
MPHTJ GEMPUR PENIAGA WARGA ASING
AYER KEROH 20 April - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya akan terus mempergiatkan operasi bagi membanteras peniaga warga asing yang...
LUAR BIASA MERIAH, LEBIH 50,000 BERAYA DENGAN KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Meriah dan luar biasa! Itu gambaran suasana Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka...
SITI NURHALIZA BAKAL ‘GEGAR’ RUMAH TERBUKA KETUA MENTERI MELAKA MALAM INI?
TANJUNG BIDARA 19 April - Penyanyi nombor satu negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza dikatakan menjadi antara tetamu jemputan yang bakal...
KERAJAAN STABIL BAWA PULANGAN KEPADA RAKYAT
TANJUNG BIDARA 19 April - Kemeriahan suasana sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka di Villa d'Acqua Kampung Pulau,...
TPM HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahir Hamidi hadir ke Majlis Rumah Terbuka...