Sorting by

×

‘Turunlah mengundi, tiada lagi tahun depan untuk pilih kerajaan negeri’ – Sulaiman

Masa Membaca:1 Minit, 10 Saat

SERI BENDAHARA 19 Nov – Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali menyeru rakyat negeri ini untuk keluar mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, esok kerana ia penentu masa depan negeri.

Beliau mengingatkan rakyat agar memilih kerajaan negeri yang benar-benar stabil, kukuh dan berpengalaman untuk mentadbir urus Melaka dalam tempoh lima tahun akan datang.

“Di peringkat awal lagi saya sudah minta jentera untuk sampaikan maklumat di bawah bahawa jika tidak keluar mengundi sekarang, tiada lagi pilihan raya negeri tahun depan.

“PRN esok adalah untuk memilih kerajaan negeri baharu untuk tempoh lima tahun akan datang.

“Kalau kita tidak keluar mengundi maknanya kita kena tunggu sehingga 2026 baru boleh pilih kerajaan sekali lagi, jika ada pilihan raya tahun depan sekalipun, ia hanyalah untuk memilih kerajaan persekutuan atau memilih ahli Parlimen dari Melaka,” katanya.

Justeru, beliau berharap semua rakyat dapat menunaikan tanggungjawab masing-masing dalam memilih terbaik dan stabil untuk mentadbir negeri.

Katanya, sekiranya masih tiada parti mendapat majoriti yang cukup, ia dikhuatiri akan membuatkan berulangnya insiden lompat parti seperti yang berlaku sebelum ini.

“Sebab itu pentingnya untuk rakyat keluar mengundi dan membuat pilihan yang tepat agar tidak lagi tersalah pilih kerajaan. Kalau tiada parti yang boleh bentuk kerajaan, mungkin akan berlaku lagi ketidakstabilan dalam kerajaan.

“Jika tiada parti dapat bentuk kerajaan, saya serah kepada pucuk pimpinan parti untuk membuat apa jua keputusan yang perlu,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

487
Kongsi :
Previous post Tujuh projek atasi bencana banjir di Melaka – Tuan Ibrahim
Next post MyKad hilang, rosak? Tiada alasan tidak mengundi esok
Ubah saiz-+=