Pengiktirafan kepada golongan wanita – Mas Ermieyati
MASJID TANAH 18 Nov – Calon Perikatan Nasional (PN) Tanjung Bidara, Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin menyifatkan pencalonannya sebagai Ketua Menteri adalah pengiktirafan parti kepada golongan wanita.
Beliau berkata, walaupun sekadar calon namun ia adalah amanah dan tanggungjawab besar yang perlu dipikul demi kesejahteraan rakyat.
âPertamanya, saya memanjatkan kesyukuran dan terima kasih kepada pucuk pimpinan parti, Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan semua presiden parti (PN) yang telah bersetuju menamakan saya sebagai calon Ketua Menteri.
âIni merupakan amanah dan tanggungjawab besar harus saya pikul, walau hanya menamakan tetapi masa sama saya menganggap ia sebagai pengiktiran kepada wanita.
âBukan hanya wanita PN, tetapi wanita seluruh negara bahawa hari ini tiada apa yang mustahil,â katanya pada sidang media di Bilik Gerakan Tanjung Bidara, di sini hari ini.
Mengulas lanjut, beliau turut merakamkan penghargaan kepada pimpinan Datuk Wira Mohd Rafiq Naizamohideen sebagai Pengerusi PN negeri kerana memberikan asas yang kukuh kepada PN negeri.
âSaya sendiri akan berjumpa beliau malam ini, tanpa usaha beliau tidak ada sebagaimana hari ini di Melaka,â katanya.
Terdahulu, Muhyiddin mengumumkan Mas Ermieyati Samsudin dinamakan sebagai calon Ketua Menteri Perikatan Nasional (PN).
Beliau berkata, pemilihan itu bakal menjadikan Mas Ermieyati wanita pertama dalam sejarah ditawarkan Ketua Menteri sekiranya PN memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, 20 Nov ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.