Sulaiman beri semangat kepada calon BN Paya Rumput

Masa Membaca:35 Saat

PAYA RUMPUT 18 Nov – Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali, hari ini, hadir memberikan semangat kepada calon Barisan Nasional (BN) Paya Rumput.

Kehadirannya disambut, Datuk Rais Yasin, antara calon muda dan muka baharu yang dipertaruhkan BN di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, Sabtu ini.

“Memberikan sokongan dan kata-kata semangat kepada calon Barisan Nasional N.13 Paya Rumput, Datuk Rais Yasin di Paya Rumput.

“Inilah antara calon orang muda yang diketengahkan oleh Barisan Nasional.

“Calon baharu ini seiring langkah meremajakan parti untuk terus diterima oleh rakyat. Undilah Barisan Nasional!,” katanya di laman Facebook rasminya hari ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

583
Kongsi :
Previous post Program Kesedaran Kembiri MBMB dapat sambutan
Next post Profil calon Ketua Menteri PN Melaka Mas Ermieyati
Ubah saiz-+=