BN Melaka sedia lantik baba nyonya sebagai senator, ADUN tambahan

Masa Membaca:48 Saat

AYER KEROH 17 Nov – Barisan Nasional (BN) sedia menawarkan etnik baba dan nyonya sebagai Senator mahupun Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) tambahan di Melaka.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, hal itu boleh direalisasikan dengan syarat BN memenangi 19 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Katanya, perkara itu turut terkandung dalam manifesto BN: Kestabilan Demi Kemakmuran yang dilancarkan pada 10 Nov.

Justeru, beliau mengharapkan sokongan padu etnik tersebut dalam membantu kemenangan 2/3 BN yang akan menjadi sebuah kerajaan yang kukuh untuk tempoh lima tahun akan datang.

“Insya-allah saya telah sebut awal bahawa saya meraikan kepelbagaian dan mesti ada suara-suara baik dari kaum majoriti mahupun minoriti.

“Sekiranya kita memenangi 2/3 kerusi, dan mendapat sokongan etnik baba dan nyonya, saya akan meminda dan melantik lima ADUN tambahan termasuk etnik baba dan nyonya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Diskusi Perdana BN, yang disiarkan secara langsung malam ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

695
Kongsi :
Previous post Hanya Sulaiman calon Ketua Menteri daripada BN
Next post PRN Melaka: Lengkap vaksin, buat ujian kendiri COVID-19 sebelum pulang mengundi
Ubah saiz-+=