
Hanya Sulaiman calon Ketua Menteri daripada BN
AYER KEROH 17 Nov – Datuk Seri Sulaiman Md Ali adalah calon Ketua Menteri dari Barisan Nasional (BN) yang akan memerintah sekiranya diberi mandat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabtu ini.
Tegas Pengarah Pilihan Raya Negeri Melaka Datuk Seri Mohamad Hasan, kenyataan dan pemilihan sudah dibuat bahawa Sulaiman akan mengetuai BN dan hal itu tidak perlu lagi menjadi tanda tnya.
“Kami berdua, saya dan Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersetuju dan menandatangani watikah , Sulaiman menjadi bakal Ketua Menteri BN sekiranya diberi mandat.
“Kalau kita cakap dia, dialah. Tidak tahu pula kalau ada tangan ghaib,” katanya ketika menjawab soalan ketika Diskusi Perdana BN, malam ini.
Beliau yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata, pemilihan itu dibuat berdasarkan kepada pencapaian Sulaiman ketika memerintah kerajaan negeri sebelum ini.
“Jika diberi mandat pada 20 Nov ini, Sulaiman adalah calon BN menjadi Ketua Menteri. Ini terbukti (mempunyai) pengurusan yang baik dan beliau diterima oleh semua.
“Tetapi (jika) ada orang yang tidak berpuas hati dan ingat dia lebih bagus, maka tidak sempat Pilihan Raya Umum (PRU) KE-15 dia melompat, macam budak kecik merajuk,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
POLIS SIASAT SURI RUMAH BUAT LAPORAN PALSU DISAMUN
JERTIH 22 April - Polis menyiasat seorang suri rumah yang membuat laporan palsu mendakwa dirinya disamun dua suspek bersenjatakan pisau...
POLIS TAHAN WANITA CURI BEG DALAM PEJABAT PASUKAN BOMBA SUKARELA
BUTTERWORTH 22 April - Polis menahan seorang wanita tempatan yang disyaki terlibat dalam kejadian curi beg sandang milik seorang lelaki...
JENAYAH INDEKS MELAKA MENURUN
AYER KEROH 22 April - Statistik jenayah indeks Negeri Melaka bagi tiga bulan pertama tahun ini menunjukkan penurunan sebanyak 4.85...
SPNB DIMINTA TERUSKAN PROJEK RMR 2.0
BANDARAYA MELAKA 22 April - Pelaksanaan projek Rumah Mesra Rakyat 2.0 (RMR 2.0) diharap dapat diteruskan semula susulan sambutan menggalakkan...
SPNB TERIMA LEBIH 7,000 PERMOHONAN BAHARU RMR SELURUH MELAKA
BANDARAYA MELAKA 22 April - Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) menerima sebanyak 7,336 permohonan baharu untuk pemilikan Rumah Mesra Rakyat...
SEMBILAN VESEL DIKESAN LANGGAR UNDANG-UNDANG PERIKANAN DI MELAKA
SERKAM 22 April - Jabatan Perikanan Negeri Melaka merekodkan sembilan tangkapan vesel melibatkan 36 individu atas pelbagai kesalahan mengikut Akta...