
Jenazah Allahyarham Ghafaar Atan selamat dikebumikan
Asahan 17 Nov – Jenazah bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asahan Datuk Seri Abdul Ghafaar Atan selamat dikebumikan pada jam 6.58 petang tadi.
Allahyarham yang juga bekas Exco Kerajaan Negeri itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Asahan.
Urusan pengebumian dijalankan oleh pasukan pengurusan jenazah COVID-19 dari Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Jasin bersama pasukan Angkatan Pertahanan Awam (APM).
Terdahulu, Allahyarham berusia 65 tahun menghembuskan nafas terkahir kira-kira jam 1.04 petang di Hospital Melaka selepas dirawat sejak dua minggu lalu akibat dijangkiti COVID-19.
Sejak itu, kesihatannya semakin merosot sebelum menghembuskan nafas terakhirnya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
NORANIZA IDRIS BUAT LAPORAN POLIS DAKWA PERNIAGAAN MURUKU DITIPU RM630,000
SHAH ALAM 4 Mac - Penyanyi Noraniza Idris hari ini membuat laporan polis selepas perniagaan muruku miliknya mengalami kerugian hampir...
MPHTJ TERIMA ‘4 DIAMOND RATING AWARD’
AYER KEROH 4 Mac - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) menterjemah dan menzahirkan komitmen ke arah pencapaian status Perbandaran...
NAHAS KM204: SYARIKAT LORI MENGAKU TIDAK BERSALAH DI MAHKAMAH MAJISTRET ALOR GAJAH
ALOR GAJAH 4 Mac - Sebuah syarikat logistik mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Alor Gajah di sini atas pertuduhan...
DUA SAHABAT MENGAKU SALAH ROMPAK BERKUMPULAN GUNA SENJATA, CEDERAKAN DUA LELAKI
KOTA BHARU 4 Mac - Dua sahabat mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan merompak...
KEMATIAN WARGA EMAS DENGAN KESAN TERBAKAR AKIBAT HENTAKAN OBJEK, SEDUTAN ASAP
ALOR SETAR 4 Mac - Punca kematian wanita warga emas yang ditemukan dengan kesan terbakar disyaki dibunuh anaknya pada Ahad...
TIGA LELAKI DISYAKI ROMPAK KEDAI EMAS DI NILAI
SEREMBAN 4 Mac - Tiga lelaki disyaki terlibat dalam rompakan bersenjata di sebuah pasar raya di Bandar Baru Nilai, dekat...