
Abdul Ghafaar aktif pejuangkan pembangunan negeri – Najib Razak
AYER KEROH 17 Nov. – Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Razak turut menzahirkan takziah kepada bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asahan, Datuk Seri Abdul Ghafaar Atan yang telah disahkan meninggal dunia, tengah hari tadi.
Mantan Perdana Menteri itu dalam hantaran Facebook turut menzahirkan penghargaannya kepada Ketua Bahagian UMNO Alor Gajah itu ketika menjadi wakil rakyat.
Katanya, Abdul Ghafaar disifatkannya sentiasa peka akan isu masyarakat dan sentiasa menghulurkan penghargaan kepada yang memerlukan.
“Sepanjang masa berkhidmat sebagai ADUN, Allahyarham amat peka dengan isu kebajikan orang kampung dan sentiasa menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan.
“Di peringkat negeri pula, Allahyarham aktif perjuangkan pembangunan negeri secara menyeluruh. Semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama mereka yang beriman. Al-Fatihah,” ujarnya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
POLIS SIASAT SURI RUMAH BUAT LAPORAN PALSU DISAMUN
JERTIH 22 April - Polis menyiasat seorang suri rumah yang membuat laporan palsu mendakwa dirinya disamun dua suspek bersenjatakan pisau...
POLIS TAHAN WANITA CURI BEG DALAM PEJABAT PASUKAN BOMBA SUKARELA
BUTTERWORTH 22 April - Polis menahan seorang wanita tempatan yang disyaki terlibat dalam kejadian curi beg sandang milik seorang lelaki...
JENAYAH INDEKS MELAKA MENURUN
AYER KEROH 22 April - Statistik jenayah indeks Negeri Melaka bagi tiga bulan pertama tahun ini menunjukkan penurunan sebanyak 4.85...
SPNB DIMINTA TERUSKAN PROJEK RMR 2.0
BANDARAYA MELAKA 22 April - Pelaksanaan projek Rumah Mesra Rakyat 2.0 (RMR 2.0) diharap dapat diteruskan semula susulan sambutan menggalakkan...
SPNB TERIMA LEBIH 7,000 PERMOHONAN BAHARU RMR SELURUH MELAKA
BANDARAYA MELAKA 22 April - Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) menerima sebanyak 7,336 permohonan baharu untuk pemilikan Rumah Mesra Rakyat...
SEMBILAN VESEL DIKESAN LANGGAR UNDANG-UNDANG PERIKANAN DI MELAKA
SERKAM 22 April - Jabatan Perikanan Negeri Melaka merekodkan sembilan tangkapan vesel melibatkan 36 individu atas pelbagai kesalahan mengikut Akta...