
Jenazah Allahyarham Ghafaar Atan akan dikebumikan di Asahan
AYER KEROH 17 Nov – Jenazah bekas Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar Melaka, Allahyarham Datuk Seri Abdul Ghafaar Atan dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Asahan.
Pegawai khasnya yang dikenali sebagai Haji Ali berkata, waktu urusan pengebumian bagaimanapun masih belum diketahui kerana perlu melalui beberapa prosedur dan diuruskan sepenuhnya oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Katanya, Allahyarham, 65 tahun yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asahan dimasukkan ke hospital sejak dua minggu lalu selepas dijangkiti COVID-19.
Sejak itu, kesihatannya semakin merosot sebelum menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Melaka kira-kira jam 1 tengah hari tadi.
“Setakat ini kita masih menunggu urusan di pihak KKM dan pelawat tidak dibenarkan berada di Hospital Melaka.
“Urusan pengebumian juga akan diuruskan sepenuhnya oleh pihak KKM.
“Namun, jenazah akan dibawa pulang ke Asahan dan dikebumikan di sini,” katanya ketika dihubungi Melaka Hari Ini sebentar tadi.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
POLIS SIASAT SURI RUMAH BUAT LAPORAN PALSU DISAMUN
JERTIH 22 April - Polis menyiasat seorang suri rumah yang membuat laporan palsu mendakwa dirinya disamun dua suspek bersenjatakan pisau...
POLIS TAHAN WANITA CURI BEG DALAM PEJABAT PASUKAN BOMBA SUKARELA
BUTTERWORTH 22 April - Polis menahan seorang wanita tempatan yang disyaki terlibat dalam kejadian curi beg sandang milik seorang lelaki...
JENAYAH INDEKS MELAKA MENURUN
AYER KEROH 22 April - Statistik jenayah indeks Negeri Melaka bagi tiga bulan pertama tahun ini menunjukkan penurunan sebanyak 4.85...
SPNB DIMINTA TERUSKAN PROJEK RMR 2.0
BANDARAYA MELAKA 22 April - Pelaksanaan projek Rumah Mesra Rakyat 2.0 (RMR 2.0) diharap dapat diteruskan semula susulan sambutan menggalakkan...
SPNB TERIMA LEBIH 7,000 PERMOHONAN BAHARU RMR SELURUH MELAKA
BANDARAYA MELAKA 22 April - Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) menerima sebanyak 7,336 permohonan baharu untuk pemilikan Rumah Mesra Rakyat...
SEMBILAN VESEL DIKESAN LANGGAR UNDANG-UNDANG PERIKANAN DI MELAKA
SERKAM 22 April - Jabatan Perikanan Negeri Melaka merekodkan sembilan tangkapan vesel melibatkan 36 individu atas pelbagai kesalahan mengikut Akta...