
PRN Melaka: Dijangka hujan sebelah pagi pada hari mengundi
AYER KEROH 17 Nov – Satu atau dua tempat dijangka akan mengalami hujan di sebelah pagi pada hari mengundi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, Sabtu ini.
Menurut ramalan cuaca MetMalaysia, hujan sebelah pagi itu dijangka berlaku di kawasan pantai.
Bagaimanapun, cuaca diramal baik di seluruh negeri pada sebelah petang dan malam.
Untuk rekod, seramai 495,196 pengundi layak mengundi pada PRN Melaka, pada Sabtu, 20 Nov.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan sebanyak 217 pusat mengundi membabitkan 1,109 tempat mengundi (saluran) akan dibuka untuk rakyat negeri ini menunaikan tanggungjawab selepas Dewan Undangan Negeri dibubar pada 4 Okt lalu.
Waktu mengundi ditetapkan dari jam 8 pagi sehingga 5.30 petang dengan kesemua pengundi disaran mengikut cadangan masa keluar mengundi yang ditetapkan SPR bagi mengelakkan kesesakan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
POLIS SIASAT SURI RUMAH BUAT LAPORAN PALSU DISAMUN
JERTIH 22 April - Polis menyiasat seorang suri rumah yang membuat laporan palsu mendakwa dirinya disamun dua suspek bersenjatakan pisau...
POLIS TAHAN WANITA CURI BEG DALAM PEJABAT PASUKAN BOMBA SUKARELA
BUTTERWORTH 22 April - Polis menahan seorang wanita tempatan yang disyaki terlibat dalam kejadian curi beg sandang milik seorang lelaki...
JENAYAH INDEKS MELAKA MENURUN
AYER KEROH 22 April - Statistik jenayah indeks Negeri Melaka bagi tiga bulan pertama tahun ini menunjukkan penurunan sebanyak 4.85...
SPNB DIMINTA TERUSKAN PROJEK RMR 2.0
BANDARAYA MELAKA 22 April - Pelaksanaan projek Rumah Mesra Rakyat 2.0 (RMR 2.0) diharap dapat diteruskan semula susulan sambutan menggalakkan...
SPNB TERIMA LEBIH 7,000 PERMOHONAN BAHARU RMR SELURUH MELAKA
BANDARAYA MELAKA 22 April - Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) menerima sebanyak 7,336 permohonan baharu untuk pemilikan Rumah Mesra Rakyat...
SEMBILAN VESEL DIKESAN LANGGAR UNDANG-UNDANG PERIKANAN DI MELAKA
SERKAM 22 April - Jabatan Perikanan Negeri Melaka merekodkan sembilan tangkapan vesel melibatkan 36 individu atas pelbagai kesalahan mengikut Akta...