
PRN Melaka: Hampir 40 peratus keluar mengundi awal setakat 11 pagi
AYER KEROH 16 Nov – Sebanyak 39 peratus daripada 11,557 yang layak mengundi awal sudah menunaikan kewajipan masing-masing setakat jam 11 pagi tadi, menurut laporan pasukan Sistem Peratus Pengundi Keluar Mengundi (SPEKMu) Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Pengundian awal itu diadakan di 24 pusat pengundian awal di seluruh negeri.
Pusat pengundian awal itu dibuka bermula jam 8 pagi hingga 5.30 petang, hari ini.
Proses pengundian awal akan menyaksikan prosedur operasi standard (SOP) ketat dikuatkuasakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi mematuhi garis panduan pencegahan COVID-19 di bawah pelan pemulihan negara memandangkan situasi pandemik masih belum terkawal sepenuhnya.
Penjarakan fizikal, pemakaian pelitup muka, penggunaan pensanitasi tangan, saringan suhu badan dan merekodkan kehadiran akan dilaksanakan di pusat-pusat pengundian tersebut selain perlu mengimbas kod respons pantas (QR) MySejahtera sebelum dibenarkan masuk mengundi.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KES BUNUH WANITA DAN ANAK SAUDARA, POLIS RAKAM KETERANGAN LIMA SAKSI
KUALA LUMPUR 27 April - Lima saksi termasuk jiran serta ahli keluarga seorang wanita dan anak saudaranya yang ditemukan mati...
BERAYA DI DUYONG JADI TRADISI RAKYAT SETIAP TAHUN
DUYONG 27 April - Jamuan Raya Tak Rileks@DUYONGKita membuktikan bahawa penganjuran itu bukan sekadar majlis untuk bersama-sama meraikan Aidilfitri bukan,...
BUKTIKAN ANDA JUGA BOLEH BERJAYA – AB RAUF
TANJUNG BIDARA 27 April - Percaya kepada diri sendiri, bersemangat untuk terus belajar, menerima nasihat dan sentiasa berusaha memperbaiki diri...
MELAKA KOMITED MENCORAK PEMIMPIN MUDA BERWIBAWA
TANJUNG BIDARA 27 April - Melahirkan lebih ramai pemimpin muda berwibawa dan kaya dengan pelbagai idea segar yang mampu memberikan...
‘BUKAN RAYA BIASA’
DUYONG 27 April - Jamuan Raya Tak Rileks@DUYONGKita membuktikan bahawa suasana Hari Raya Aidilfitri bukan sekadar satu acara biasa, tetapi...
LALUAN SEHALA DI PEKAN DURIAN TUNGGAL
DURIAN TUNGGAL 27 April - Pekan Durian Tunggal akan menjadi laluan sehala dalam usaha mengatasi masalah kesesakan trafik yang sudah...