Selesaikan isu banjir dan rumah kepada warga Bemban- Ng Choon Koon

Masa Membaca:56 Saat

TEHEL 13 Nov- Tujuh teras utama ditawarkan Datuk Ng Choon Koon calon bebas kepada penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Bemban.

Ujar anak jati Bemban itu, beliau menjanjikan untuk menangani masalah banjir yang setelah sekian lama dihadapi penduduk di kawasan itu selain menekankan aspek pembangunan perumahan rakyat yang seimbang.

Kata wakil N24 itu,  beliau mahu memastikan pembinaan sekurang-kurangnya 1,000 unit rumah kos rendah atau mampu milik untuk mengatasi masalah pemilikan perumahan oleh rakyat kelas pertengahan dan B40.

“Sekiranya mandat diberikan kepada saya, isu banjir yang telah sekian lama di sini akan diselesaikan.

“Selain itu, projek perumahan di Bemban sudah pasti akan dibangunkan secara seimbang, dengan komposisi kos rendah, mampu milik dan mewah, supaya semua golongan di kawasan ini dijaga.” katanya ketika ditemui Melaka Hari Ini.

Menurut Choon Koon, ketika beliau mewakili Bemban selama sepenggal dari 2013-2018, ada satu peruntukan yang telah diluluskan oleh kerajaan pusat untuk tujuan tersebut, namun dia percaya masalah teknikal atau proses dalam konsultasinya menyebabkan ia tergendala.

Jelasnya, apabila dipilih semula nanti, beliau mahu melihat semula projek tersebut demi kesejahteraan orang kampungnya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

412
Kongsi :
Previous post Piala Malaysia: Melaka United tundukkan Sabah
Next post BN tak pernah pinggirkan kaum minoriti
Ubah saiz-+=