BN Lendu progresif tawan hati pengundi kelabu

Masa Membaca:1 Minit, 26 Saat

MASJID TANAH 14 Nov. – Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu progresif akan terus menawan hati pengundi kelabu di kawasan itu.

Calon BN Lendu, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, menerusi jentera kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pihaknya akan mempergiatkan usaha terbabit bagi megembalikan keyakinan pengundi kelabu terhadap parti itu.

Katanya, perkara itu penting bagi ‘memutihkan’ kembali pengundi pada PRN Melaka dan ia tidak boleh diambil ringan berikutan persaingan sengit berlaku disepanjang pilihan raya ini.

”Saya sering ingatkan jentera agar jangan ‘take for granted’ dua golongan ini kerana suasana berkempen yang ketat dengan prosedur operasi satandard (SOP) membuatkan calon, terutama yang baharu tidak dikenali pengundi.

“Macam saya lama pun kena kerja berlipat kali ganda untuk memastikan pengundi putih dan kelabu ini jelas dan faham manifesto yang dibawakan BN.

”Sudah pasti kita kena lebih mendekati mereka dengan penuh berhemah kerana itulah asas cara kita berkempen,”katanya ketika ditemui pemberita di Masjid Tanah, di sini hari ini.

Pada masa sama beliau berkata, berdasarkan kajian sikap dijalankan, BN yakin akan menawan majoriti kerusi sebanyak 50 peratus buat PRN kali ini.

“Bagaimanapun kita perlu melipat gandakan usaha bagi memastikan kemenangan tersebut berpihak kepada BN kerana kita mengakui saingan PRN ini sangat sengit daripada calon-calon yang bertanding.

“Manifesto kita bukan hanya manifesto, ia merupakan satu aku janji kita yang kita rasa kita boleh laksanakan dalam tempoh tempoh yang tertentu sepertimana yang terkandung dalam manifesto.

” Manifesto yang kita bentangkan ini mengambil kira pelbagai sudut, yang mana yang kita boleh dilaksanakan dalam tempoh setahun dan mana yang kita boleh dilaksanakan dalam tempoh lima tahun

“Jadi, jentera parti perlu memberikan penerangan kepada pengundi terutama pengundi kelabu dengan manifesto yang dibawa,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

346
Kongsi :
Previous post Tujuh penjawat antara 80 invididu ditahan ketika berhibur
Next post Media perlu tingkat hebahan patuh SOP – Annuar Musa
Ubah saiz-+=