Teruja pertama kali PM datang kedai rasa ‘coconut shake’
TELOK MAS 14 Nov – Dalam kesibukan masa sebagai Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sempat meluangkan masa untuk singgah bersarapan bersama rakyat di Kampung Alai, di sini hari ini.
Beliau sempat menikmati nasi goreng dan ‘coconut shake’ yang menjadi tarikan utama pelancong ke Melaka.
Ismail mengambil masa kira-kira 45 minit bertanya khabar dan menyapa penduduk kampung yang bersarapan di warung sama.
Bagi Farrah Liyana Mustafa, 31 dia teruja menerima kehadiran pemimpin negara itu ke kedai miliknya dan berbesar hati dapat menyediakan ‘coconut shake’ sebagaimana dipesan.
“Selama 20 tahun kedai warisan turun-temurun keluarga dibuka, inilah kali pertama Perdana Menteri datang ke kedai kami.
“Dalam banyak-banyak kedai ‘coconut shake’ di Melaka, beliau memilih untuk merasai ‘coconut shake’ kami,” katanya.
Terdahulu, Ismail turut ditemani calon Barisan Nasional (BN) Telok Mas, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
SAMB RAIKAN KAKITANGAN
BANDA HILIR 25 Disember - Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) menghargai kakitangannya pada Majlis Makan Malam SAMB 2024 di sebuah...
HARGA RUNCIT RON95, DIESEL KEKAL, HARGA RON97 NAIK TIGA SEN
KUALA LUMPUR 25 Disember - Harga runcit RON95 kekal pada RM2.05 seliter, manakala harga RON97 meningkat tiga sen seliter daripada...
POLIS RAKAM PERCAKAPAN PEMANDU LORI TANGKI TAYAR TERCABUT
ALOR GAJAH 25 Disember - Polis telah merakam keterangan pemandu lori tangki yang terlibat dalam nahas ngeri mengorbankan tujuh individu...
DUA BERADIK BELUM TAHU LIMA KELUARGA TELAH TIADA
BUKIT PALAH 25 Disember - Dua beradik yang terselamat dalam nahas kemalangan di Kilometer 204 Lebuhraya Utara Selatan arah utara...
DUA BERADIK MANGSA KEMALANGAN KM204 JALANI PEMBEDAHAN
BUKIT PALAH 25 Disember - Dua beradik terselamat dalam nahas kemalangan mengorbankan lima ahli keluarga mereka di Kilometer 204 Lebuhraya...
SURI RUMAH RUGI RM147, 753 TERPEDAYA KERJA DALAM TALIAN
KUANTAN 25 Disember - Seorang suri rumah berusia 38 tahun kerugian RM147, 753 selepas menjadi mangsa penipuan tawaran kerja sambilan...