Anwar, Guan Eng, Mohamad mengelak sidang media
JASIN 13 Nov – Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim lari meninggalkan pengamal media sejurus diminta untuk mengadakan sidang media dalam jelajahnya di Felda Tun Ghaffar Kemendor, hari ini.
Beliau bersama dua lagi rakan politiknya iaitu Timbalan Presiden PH, Lim Guan Eng dan Presiden Amanah, Mohamad Sabu turut mengelak untuk ditemubual pemberita.
Ketiga-tiga mereka mempunyai alasan tersendiri untuk tidak mengadakan sidang media selepas beramah-mesra bersama penduduk felda tersebut.
Terdahulu Anwar yang tiba kira-kira jam 4 petang sempat bertemu penduduk setempat selain bertanya khabar.
Turut hadir meraikan kedatangan beliau Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari dan Calon PH Dewan Undangan Negeri (DUN) RAIM, Prasanth Kumar.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
MASYARAKAT DI HATI MPAG
ALOR GAJAH 25 Disember - Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) membuktikan komitmen dalam membangunkan daerah Alor Gajah ke arah bandar...
MELAKA MAHU PERKENAL LEBIH BANYAK TAPAK WARISAN BAHARU
BANDA HILIR 25 Disember - Beberapa lokasi yang mempunyai kesan tinggalan sejarah dan warisan akan diangkat dan bakal diperkenalkan bersempena...
‘FLYING SIKH’ MASIH BERBISA DI USIA 63 TAHUN
ASAHAN 25 Disember - Legenda rali negara Karamjit Singh sekali lagi melakar sejarah apabila berjaya merangkul kejuaraan Rally Of Asahan...
SYUKUR RAMAI YANG PRIHATIN
BEMBAN 25 Disember - Hanya rasa syukur dapat diungkapkan Nordin Abu Seman, 51, dan isteri Suzie Azita Md Zahid, 52,...
223 PESERTA MERIAHKAN BOLING DUN TANJUNG BIDARA
AYER KEROH 25 Disember - Kejohanan Boling Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara menyaksikan seramai 223 peserta terlibat dalam program...
MENSEJAHTERA RAKYAT FOKUS BAJET 2025 NEGERI MELAKA
BANDARAYA MELAKA 24 Disember - Bajet 2025 Negeri Melaka yang dibentangkan pada Jumaat (27 Disember) ini memfokuskan kesejahteraan rakyat di...