UTeM warta 1 Disember sebagai Hari Alumni

Masa Membaca:54 Saat

DURIAN TUNGGAL 30 Julai – Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) mewartakan setiap 1 Disember sebagai Hari Alumni bermula tahun ini.

Naib Canselor UTeM Prof Datuk Dr Raha Abdul Rahim berkata,
tarikh itu dipilih berdasarkan tarikh penubuhan UTeM sebagai Kolej Universiti Teknikal Malaysia Melaka (KUTKM) pada 1 Disember 2000.

“Setiap tahun bagi tarikh ini semua alumni UTeM dijemput untuk kembali ke UTeM bagi menyertai pelbagai aktiviti yang diadakan seperti yang dirancang.

“Hari Alumni platform barisan alumni UTeM menyumbang kembali kepada universiti dalam bentuk kepakaran, nasihat, peluang pekerjaan kepada UTeM dan siswa-siswi UTeM,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pertemuan antara pihak UTeM bersama Persatuan Alumni UTeM (AUTeM) di Bangunan Canselori, Kampus Induk UTeM, baru-baru ini.

Jelasnya, ia dapat mengeratkan kembali hubungan alumni UTeM dengan pensyarah-pensyarah, staf-staf dan juga siswa-siswi UTeM.

“Diharap alumni-alumni UTeM akan kembali menyumbang semula kepada UTeM dan komuniti di masa akan datang,” katanya

Hadir sama, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar Prof Madya Dr Nurulfajar Abd Manap; Penolong Naib Canselor Jaringan Industri Dan Masyarakat, Prof Madya Ir Dr Md Nazri Othman dan lain-lain.

Views:

684
Kongsi :
Previous post Kontroversi Bukit St Paul: Apa beza Hagia Sophia dan Bukit Melaka?
Next post Melaka sedia buka pusat kuarantin jika perlu
Ubah saiz-+=