Taboh Naning: Memperkasa kawasan pelancongan adat perpatih
TABOH NANING 13 Nov. – Misi membangunkan semula adat perpatih yang semakin ditelan zaman akan terus diperkasakan di Taboh Naning.
Perkara itu sekali gus akan membawa pulangan kepada sektor pelancongan di Taboh Naning yang merupakan lokasi bermulanya adat yang dibawa jajahan kerajaan Naning di Melaka satu ketika dahulu.
Calon Barisan Nasional (BN) Taboh Naning, Zulkiflee Md Zin berkata, misi membangunkan adat terbabit akan mengekalkan warisan yang diwarisi sesetengah penduduk di kawasan itu biarpun pentadbiran Melaka diamalkan menggunakan adat ketemenggungan.
“Warisan itu harus diteruskan demi untuk masyarakat generasi kita supaya faham apa itu adat perpatih, apa itu adat Naning.
“Untuk itu Insyaallah, saya akan berjumpa dengan dua tiga ‘orang kuat’ Naning supaya menyelesaikan masalah dalaman mereka dan kalau dah selesai saya akan bawa keputusan itu kepada kerajaan negeri untuk dipertimbangkan supaya Naning ini dijadikan satu warisan.
“Ia ibarat macam ada satu muzium. Kita akan kumpul balik maklumat-maklumat daripada asal hingga sekarang. Saya rasa itu juga satu tarikan kepada pelancong-pelancong supaya datang di Taboh Naning, dia (mereka) akan singgah di istana Naning,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
W.R.U.R BANTU CEPATKAN SELESAI MASALAH PENDUDUK
KUALA LINGGI 15 Januari - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (W.R.U.R) menunjukkan keberkesanan apabila mampu menyelesaikan permasalahan dihadapi oleh rakyat....
PRODUK MAKANAN SEJUK BEKU DARI KUALA LINGGI SEMAKIN LARIS
KUALA LINGGI 15 Januari - Kesungguhan seorang suri rumah Siti Fuatdatul Nor Yusuff yang mahu meningkatkan taraf hidup keluarganya menerusi...
NASIB NELAYAN MELAKA TERUS TERBELA
AYER LIMAU 15 Januari - Nelayan di negeri ini bersyukur kerana Kerajaan Negeri tidak pernah meminggirkan nasib mereka untuk meningkatkan...
UTEM TERUS PRIHATIN BANTU KEBAJIKAN MANGSA BANJIR DI KELANTAN
DURIAN TUNGGAL 15 Januari - Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) meneruskan keprihatinan bagi membantu masyarakat terutama keluarga pelajar yang terkesan...
MYLESEN: MELAKA DAPAT 800 KUOTA LESEN B2 PERCUMA
KUALA LINGGI 15 Januari - Melaka menerima sebanyak 800 kuota tawaran lesen memandu kelas B2 secara percuma kepada rakyat menerusi...
ADVOKASI, KESEDARAN TANGANI BULI SIBER
PENGKALAN BATU 14 Januari - Kesedaran tentang buli siber harus dipupuk bermula di peringkat sekolah rendah kerana kanak-kanak di bawah...