Sorting by

×

Klebang: Calon BN mahu teruskan projek PPR terbengkalai

Masa Membaca:1 Minit, 5 Saat

KLEBANG 13 Nov – Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Klebang, Datuk Lim Ban Hong bertekad memperjuangkan semula Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Klebang Kecil sekiranya diberi mandat semula oleh rakyat.

Beliau meluahkan rasa kecewa projek yang sepatutnya siap pada akhir 2018 itu sehingga kini terbengkalai dan tidak diperjuangkan pimpinan terdahulu.

“Saya bawa masuk projek ini pada 2016 dan ia sepatutnya boleh disiapkan pada hujung 2018 tetapi saya difahamkan oleh penduduk setempat projek ini tergendala sehingga kini.

“Ini merupakan PPR fasa pertama di Klebang yang mana kita ada 255 unit rumah dan ikut perancangan akan ada fasa kedua dan ketiga lagi di Klebang yang akan kita bangunkan PPR bagi membantu rakyat mendapatkan rumah.

“Jadi, jika kita diberi mandat saya memberi jaminan akan memperjuangkan perkara ini termasuk berjumpa dengan pihak berkaitan seperti kementerian, kerajaan negeri dan pemaju sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui mengadakan lawatan ke tapak PPR Klebang Kecil, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Ban Hong yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, selain PPR, beliau juga akan memperjuangkan lebih banyak rumah mampu milik dibina di Klebang.

Katanya, projek perumahan mesra rakyat seperti PPR dan RMM sangat penting bagi membantu orang muda dan golongan berpendapatan rendah memiliki rumah sendiri.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

644
Kongsi :
Previous post BN mahu Melaka jadi pusat pelancongan sepanjang minggu
Next post Tolak parti ekstrimis dalam PRN Melaka- Guan Eng
Ubah saiz-+=