Sorting by

×

Cabaran Shahrir berniat jahat – Muhyiddin

Masa Membaca:43 Saat

MELAKA 13 Nov – Tan Sri Muhyiddin Yassin menemplak kenyataan veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Abdul Samad yang mencabarnya menarik sokongan terhadap kepimpinan Menteri Besar Johor.

Presiden Bersatu itu berkata, Bersatu tidak mahu mengulangi perkara sama di Johor sebagaimana berlaku di Melaka.

Katanya, kenyataan Shahrir itu disifatkannya sebagai berniat jahat dan memberi risiko keselamatan kepada rakyat Johor untuk diadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) sekiranya Bersatu menarik sokongan.

“(kenyataan) itu berniat jahat. Shahrir mahu macam mana berlaku di Melaka, berlaku di Johor.

“Jangan cabar saya. Sekarang saya boleh tekan semua butang, semua jatuh.

“Kamu nak itu berlaku? Saya tak takut, tetapi saya fikirkan nasib rakyat Johor,” katanya ketika mengulas kenyataan Shahrir kelmarin.

Untuk rekod, Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor mempunyai 56 kerusi, yang mana dikuasai oleh 16 kerusi Barisan Nasional (BN) manakala 13 lagi PN.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

354
Kongsi :
Previous post Tidak mustahil calon Bebas jadi ‘king maker’-Norhizam
Next post Tubuh koperasi, selesai isu perumahan antara visi Shanmugam di DUN Gadek
Ubah saiz-+=