Sambutan industri perhotelan meningkat 25 peratus

Masa Membaca:38 Saat

AYER KEROH 30 Julai – Pasaran industri perhotelan Melaka merekodkan sedikit peningkatan selepas dibenar operasi selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pandemik COVID-19.

Presiden Persatuan Perhotelan Malaysia (MAH) Melaka Khairul Nizam Kassim berkata, pasaran itu mencatat peningkatan tempahan sebanyak 25 peratus dari kunjungan pelancong domestik ke negeri ini.

Katanya, jumlah itu menyebabkan kebanyakan pelancong ke negeri ini tidak tinggal dan bermalam, malah sekadar melawat Melaka bagi menuju ke lokasi menarik dan pulang semula ke negeri masing-masing.

“Bagaimanapun sambutan tempahan hotel di Melaka menerima sambutan dengan peratusan penginapan yang agak tinggi disebabkan tawaran pakej penginapan yang murah dan berbaloi.

“Pelbagai stategi dirangka MAH dalam memperkasa industri perhotelan selepas Covid-19 melalui pelbagai pendekatan menerusi kerjasama Tourism Melaka bagi mempromosi pelancongan domestik di negeri ini,” katanya ketika dihubungi.

Views:

331
Kongsi :
Previous post Lanjutan moratorium tiga bulan bagi individu kehilangan pekerjaan
Next post Jentera JR Wanita UMNO atur langkah bersedia
Ubah saiz-+=