UTeM cakna hulur bantuan pada mangsa banjir di Melaka
DURIAN TUNGGAL 11 Nov – Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) cakna dan prihatin menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir di sekitar Negeri Melaka, baru-baru ini.
Inisiatif itu digerakkan Pusat Kolaborasi Industri & Masyarakat, Pejabat Penolong Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat) UTeM.
Pengarah Pusat Kolaborasi Industri & Masyarakat Pejabat Penolong Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat) UTeM, Prof Dr Effendi Mohamad berkata, sumbangan itu diharapkan dapat meringankan beban yang ditanggung mangsa banjir sekitar Melaka.
“Inisiatif ini memupuk semangat membantu sesama komuniti warga UTeM, institusi kerajaan dan masyarakat sekali gus merealisasikan tanggungjawab sosial warga UTeM kepada masyarakat setempat selari dengan slogan ‘UTeM is Melaka, Melaka is UTeM’.
“Sumbangan disampaikan kepada mangsa banjir terdiri daripada 71 pelajar dan 50 keluarga kakitangan UTeM serta 22 keluarga warga komuniti sekitar Melaka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Antara barangan disumbangan adalah barangan makanan dan keperluan asas seperti makanan kering, air minuman, perluan peribadi seperti sabun mandi, sabun basuh, syampu, tuala wanita, berus gigi dan ubat gigi serta cecair pembasmi kuman, baldi, mop, lampin pakai buang dan sebagainya.
Turut menjayakan Penolong Pendaftar Kanan Pusat Kolaborasi Industri & Masyarakat, Pejabat Penolong Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat), UTeM, Farudin Hanif Ya’amah dan Ahmad Hafiz Mohd Puad.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.