Hati-hati dengan strategi pembunuhan karakter – Ahmad Zahid
AYER KEROH 10 Nov – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi amaran kepada penduduk Melaka agar berhati-hati dengan strategi pembunuhan karakter yang bertujuan merosakkan nama baik calon BN.
Menurut beliau, ‘character assassination’ ini pernah berlaku pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 lalu dan kini sedang diulangi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
“Ia bertujuan memperdayakan perhatian rakyat daripada isu mendasar kepada isu-isu yang menyerang peribadi calon BN.
“Bagaimanapun saya yakin rakyat Melaka berfikiran rasional dan dapat menilai propaganda yang memanipulasi,” katanya menerusi hantaran di Facebook.
Menurut bekas Timbalan Perdana Menteri itu, pihaknya sudah bosan dengan pendekatan lawan politik BN menghasut rakyat membenci dan memandang hina peribadi.
“Semoga rakyat Melaka tidak menghiraukan itu lagi kerana yang penting bersama mengembalikan Melaka ke landasan sebenar.
“Apa yang kita perdebatkan kompetisi ideologi, dasar, kemampuan, keberkesanan mentadbir, kejujuran dan keikhlasan parti,” katanya.
Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, fokus utama adalah tentang BN kembali sebagai sebuah kerajaan demi masa depan rakyat dan negara.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
TIGA NELAYAN NYARIS LEMAS BOT TERBALIK DI PANTAI BACHOK
KOTA BHARU 26 November - Tiga nelayan nyaris lemas selepas bot dinaiki mereka terbalik dibadai ombak, kira-kira 200 meter dari...
JBPM TERIMA WATIKAH PELANTIKAN ILB KEBOMBAAN
AYER KEROH 26 November - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) secara rasminya tersenarai sebagai 28 agensi Badan Peneraju Industri...
RAIS SUNTIK SEMANGAT CALON SPM DUN PAYA RUMPUT
PAYA RUMPUT 26 November - Peruntukan berjumlah RM21,000 disalurkan Japerun Paya Rumput kepada calon-calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dalam Dewan...
‘TASK FORCE’ BANJIR JELAJAH SEMUA DUN
PAYA RUMPUT 26 November - 'Task force' banjir Melaka akan turun padang dan menjelajah ke setiap Dewan Undangan Negeri (DUN)...
MTL: MELAKA DIJANGKA ALAMI BANJIR
AYER KEROH 26 November - Melaka antara negeri yang turut diberikan perhatian oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sepanjang...
ANGKA KORBAN AKIBAT LEMAS MERISAUKAN
AYER KEROH 26 November - Orang ramai dinasihat agar mengehadkan aktiviti riadah seperti berkelah atau sebarang bentuk sukan air susulan...