Manifesto BN: Projek atasi banjir bernilai RM931.2 juta

Masa Membaca:32 Saat

AYER KEROH 10 Nov – Dalam usaha mengatasi isu banjir di negeri ini, Barisan Nasional (BN) menawarkan untuk melaksanakan Projek Mengatasi Banjir bernilai RM931.2 juta.

Menurut buku Manifesto 5 Tahun yang dikeluarkan hari ini, antara projek yang sedang dirancang ialah membina Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di Alor Gajah Fasa 1, Bandar Merlimau, Sungai Melaka Fasa 1, Sungai Duyong, Bandar Jasin dan Krubong-Durian Tunggal.

Selain itu, BN akan turut menyediakan peta ‘hazard’ banjir di Lembangan Sungai Duyong serta pembangunan pelan induk tebatan banjir di Lembangan Sungai Baru, yang mana kesemua perancangan itu bakal dilaksanakan dalam tempoh lima tahun.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

507
Kongsi :
Previous post Manifesto BN: Peluang sama rata kepada masyarakat Orang Asli
Next post Manifesto BN: Perkasakan golongan OKU
Ubah saiz-+=