Manifesto BN: Peluang sama rata kepada masyarakat Orang Asli
AYER KEROH 10 Nov – Pembangunan masyarakat Orang Asli tidak dilupakan, sekiranya Barisan Nasional (BN) diberi peluang sekali lagi mentadbir negeri.
Menurut Manifesto Melaka 5 tahun yang ditawarkan BN, program pembangunan masyarakat Orang Asli dari segi taraf hidup, insfrastruktur dan penempatan akan diteruskan.
BN turut akan memastikan kawasan penempatan dan kawasan rayau bagi masyarakat itu terus dipelihara.
Pada masa sama, parti itu juga akan memperbanyakkan pengambilan anak-anak masyarakat Orang Asli ke dalam jabatan dan agensi kerajaan negeri serta industri yang akan dilaksanakan dalam tempoh 100 hari selepas mentadbir negeri ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
TIGA NELAYAN NYARIS LEMAS BOT TERBALIK DI PANTAI BACHOK
KOTA BHARU 26 November - Tiga nelayan nyaris lemas selepas bot dinaiki mereka terbalik dibadai ombak, kira-kira 200 meter dari...
JBPM TERIMA WATIKAH PELANTIKAN ILB KEBOMBAAN
AYER KEROH 26 November - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) secara rasminya tersenarai sebagai 28 agensi Badan Peneraju Industri...
RAIS SUNTIK SEMANGAT CALON SPM DUN PAYA RUMPUT
PAYA RUMPUT 26 November - Peruntukan berjumlah RM21,000 disalurkan Japerun Paya Rumput kepada calon-calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dalam Dewan...
‘TASK FORCE’ BANJIR JELAJAH SEMUA DUN
PAYA RUMPUT 26 November - 'Task force' banjir Melaka akan turun padang dan menjelajah ke setiap Dewan Undangan Negeri (DUN)...
MTL: MELAKA DIJANGKA ALAMI BANJIR
AYER KEROH 26 November - Melaka antara negeri yang turut diberikan perhatian oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sepanjang...
ANGKA KORBAN AKIBAT LEMAS MERISAUKAN
AYER KEROH 26 November - Orang ramai dinasihat agar mengehadkan aktiviti riadah seperti berkelah atau sebarang bentuk sukan air susulan...