Cadang pindah Politeknik Melaka ke KUIM

Masa Membaca:43 Saat

KUALA LINGGI 29 Julai – Kerajaan negeri bercadang memindahkan Politeknik Melaka di Plaza Pandan Malim ke Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM).

Ketua Menteri Datuk Haji Sulaiman Md Ali berkata, perkara itu antara yang dirancang semasa perbincangan bersama Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Noraini Ahmad, semalam.

“Politeknik Melaka (sehingga) hari ini hampir 20 tahun masih lagi menyewa bangunan dan sebahagian dibeli oleh pihak pengurusannya.

“Saya bercadang untuk pindahkan politeknik ini, cuma kekangannya adalah tanah, sebab itu saya cadangkan kalau boleh politeknik ini dipindahkan ke KUIM,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Sumbangan Kepada Nelayan DUN Kuala Linggi di Japerun Kuala Linggi, semalam.

Katanya, bangunan baharu khusus untuk Politeknik Melaka akan dibina di kawasan itu sekali gus dapat mengumpul pelajar-pelajar politeknik dan KUIM di situ.

“Bina satu bangunan baharu dengan menggunakan tanah KUIM, jadi pelajar Politeknik Melaka dapat dikumpulkan di sini,’ katanya.

Views:

1420
Kongsi :
Previous post FAMA Melaka buka sembilan pasar tani pra Aidiladha
Next post Komuniti Kampung Chetti sahut cabaran 1 Rumah 1 Bendera
Ubah saiz-+=